MALAYSIA
Tiong Hiew King: Perginya hartawan, dermawan terkemuka Sarawak
Pada tahun 2010, mendiang Tan Sri Tiong Hiew King menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, oleh Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia.
SIBU: Tokoh media dan hartawan balak Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King meninggal dunia pada Selasa, memetik sumber Sin Chew Daily.
Tiong, 91, pemilik dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan Hijau serta Pengerusi Kehormat Sin Chew Daily menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 11 pagi akibat sakit tua.
Ia merupakan kehilangan terbesar bagi Rimbunan Hijau, konglomerat pelbagai sektor yang pada tahun ini meraikan 50 tahun penubuhannya.
Dilahirkan pada 18 Mac 1934 dalam sebuah keluarga miskin di Fujian, China, Tiong ialah anak sulung daripada sembilan beradik.
Kemiskinan menyebabkan beliau tidak berpeluang mendapat pendidikan formal sepenuhnya, malah menjadi penoreh getah.
Pada usia 13 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah dan menyewa sebuah kedai kecil bagi membantu meringankan beban kewangan keluarganya.
Namun, apabila kesihatan ibunya merosot, beliau terpaksa meninggalkan minatnya itu dan menyambung pelajaran sambil bekerja, hingga berjaya menamatkan pendidikan menengahnya.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Chung Cheng di Tanjong Kunyit, beliau melanjutkan pembelajaran di Sekolah Menengah Methodist dan Sekolah Menengah Sacred Heart, Sibu.
Pada usia 18 tahun, ketika semangat patriotik sedang memuncak, Tiong melahirkan keinginan mendalam untuk kembali ke China. Bapanya tidak menghalang hasrat tersebut, tetapi menyerahkan sepucuk surat yang menasihatinya agar sentiasa mengutamakan adik-beradik dan keluarganya.
Surat itu kemudiannya menjadi sumber semangat yang kekal sepanjang hayat Tiong.
Jiwa kentalnya untuk mengubah hidup keluarga, mendorong beliau belajar secara pos dari Universiti Xiamen, China.
Beliau yang menguasai bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Iban dengan baik kemudian bekerja di syarikat balak milik bapa saudaranya.
Pada usia 40 tahun, pada tahun 1975, Tiong bersama adik-beradiknya menubuhkan Kumpulan Rimbunan Hijau, yang berasaskan kepada pengalaman perniagaan selama bertahun-tahun serta semangat keusahawanan yang gigih dan tekun.
Syarikat itu kemudian berkembang secara beransur-ansur daripada sektor perkakasan dan bahan binaan kepada pelbagai bidang lain – termasuk pembalakan,perkayuan, perladangan kelapa sawit, hotel, peruncitan, teknologi maklumat, hartanah dan kewangan.
Di bawah kepimpinan Tiong, Rimbunan Hijau berkembang ke seluruh Malaysia. Operasinya malah melangkaui Singapura, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Papua New Guinea, Australia, Rusia, Congo, Gabon, Guyana, Kanada, dan Amerika Syarikat.
Beliau juga mempunyai pelaburan di Qinzhou, Shanghai, Harbin dan Guangzhou di China.
Tiong juga merupakan salah seorang pengasas United Daily News serta The Brunei Times di Brunei. Sebagai tokoh media, beliau kemudian menguasai beberapa akhbar utama berbahasa Cina di Malaysia, termasuk Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau dan China Press.
Disiplinnya yang ketat telah membawa syarikat ini terus berkembang hingga Tiong dan keluarganya diiktiraf dan tersenarai dalam senarai 50 Orang Terkaya di Malaysia oleh Forbes pada bulan April tahun ini.
Beliau juga menduduki tempat ke-25 dengan anggaran nilai bersih sebanyak AS$820 juta (RM3.4 bilion).
Tiong yang juga Presiden Persatuan Fuzhou Sedunia dan Persatuan Klan Zhang Sedunia telah dikurniakan Knight Commander of the Order of the British Empire (K.B.E.) oleh Ratu Elizabeth II pada Jun 2009.
Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang perniagaan dan kebajikan di Papua New Guinea.
Pada tahun 2010, beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, oleh Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia.
Biarpun Tiong telah tiada, namun empayar niaganya terus berkembang menerusi empat syarikat miliknya yang tersenarai di bursa awam iaitu Subur Tiasa Holdings Bhd, Jaya Tiasa Holdings Bhd, Rimbunan Sawit Bhd, dan Media Chinese International Limited.
Pada 24 Disember 2020, beliau kehilangan anaknya, Datuk Sri Tiong Chiong Hoo yang meninggal dunia pada usia 59 tahun, setelah ditemui tidak sedarkan diri di pejabatnya.
Tiong meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, empat anak perempuan, serta beberapa cucu dan cicit.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh dan lokasi persemadian mendiang.