[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTREND

[TIP CANTIK] 4 Faktor Luar Biasa yang Anda Tidak Tahu Mengenai Lelaki yang Sentiasa Menjaga Penampilan Diri

Astro Publication 08/04/2016 | 05:28 MYT
Men-product.jpg

Kredit foto : Jack Black

Teks : Afiza Kamarulzaman
Instagram : @afizakamarulzaman


Lelaki juga jangan lupa membelai kulit wajah sendiri. Lelaki masa kini seharusnya tampil lebih menawan bukan setakat untuk penampilan, ia juga lambang kebersihan dan disiplin diri.

1. Menerusi kajian pada 2012, lelaki yang memiliki warna kulit sihat lebih menarik perhatian berbanding lelaki berwajah tipikal maskulin. Ini merumuskan lelaki berkulit sihat lebih mudah menggoda teman wanitanya.

2. Disebabkan lelaki kurang prihatin terhadap penjagaan kulit wajah, lelaki lebih berisiko berdepan dengan melanoma lebih awal.

3. Lelaki aktif dengan aktiviti lasak dan kegiatan luar berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit lelaki terdedah kepada sinaran UV, pencemaran persekitaran dan kerosakan lainnya yang mendorong kepada masalah penuaan.

4. Menurut kajian Newsweek, lelaki kacak memiliki pendapatan lima peratus lebih tinggi berbanding rakan sejawatannya yang kurang menarik.

##TipLelaki