MALAYSIA
Tipu 11 pelanggan, pemilik syarikat pakej perkahwinan ditahan polis
Shazeli Kahar, berkata setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima 11 laporan berhubung kes berkenaan. - Gambar fail/Shahir Omar/Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Seorang pemilik syarikat ditahan polis selepas disyaki menipu pelanggan dalam urusan pakej perkahwinan dengan modus operandi meminta bayaran penuh sebelum tarikh majlis namun gagal menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima 11 laporan berhubung kes berkenaan.
“Tujuh laporan dibuat di Gombak, dua di Sungai Buloh manakala masing-masing satu di Ampang Jaya dan Sepang, dengan jumlah kerugian keseluruhan melebihi RM309,000,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Shazeli berkata, hasil siasatan mendapati semua mangsa berurusan secara bersemuka dengan suspek yang juga pemilik syarikat terbabit sebelum diarahkan membuat bayaran penuh secara dalam talian.
"Selepas pembayaran dibuat, suspek gagal dihubungi dan pakej yang dijanjikan tidak pernah dilaksanakan,” katanya lagi.
Bertindak atas laporan itu, polis menahan lelaki tempatan terbabit dan mendakwa suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran pakej perkahwinan serta membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang pembayaran.