KUALA LUMPUR:Seorang lelaki dipenjara tujuh bulan dan seorang lagi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menipu seorang pengarah syarikat berhubung kelulusan kuota pekerja asing Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM25,000 tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Mohd Amir Othman, 55, manakala Muhammad Zarul Ariff Mohd Zawawi, 26, didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas mereka mangaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.
Mahkamah memerintahkan Mohd Amir menjalani hukuman penjara bermula 25 Jun lepas iaitu pada hari pertama dia dihadapkan ke mahkamah.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozina menasihati tertuduh agar mengambil iktibar atas kesalahan yang dilakukan mereka dan supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya harap awak berdua jadi contoh yang baik buat anak-anak dan adik-beradik,” katanya kepada Mohd Amir, sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan dan Muhammad Zarul Ariff yang bekerja di pusat pemprosesan ayam.
Terdahulu Mohd Amir yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Sumitra Devi merayu hukuman penjara yang singkat manakala Muhammad Zarul Ariff yang diwakili peguam Muhamad Aizat Fakri memohon hukuman denda minimum kerana itu kesalahan pertamanya.
“Tertuduh (Muhammad Zarul Ariff) juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau vokasional dan bekerja di pusat pemprosesan ayam... Direman selama empat hari cukup memberi pengajaran kepada dirinya,” kata Muhamad Aizat.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menipu Lim Yaw Shing, 53, dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka telah menguruskan proses mendapatkan kelulusan kuota pekerja asing daripada KDN bagi Syarikat Amelint Textile Sdn Bhd tetapi mereka tidak melaksanakannya.
Perbuatan tertuduh itu telah mendorong Lim untuk menyerahkan wang RM25,000 di tempat letak kenderaan kawasan Rehat dan Rawat, Awan Besar, Lebuh Raya Kesas, di sini, pada 4.35 petang, 13 Mac 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Prosiding semalam ditetapkan untuk perbicaraan bagaimanapun kedua-dua tertuduh menukar pengakuan mereka kepada bersalah selepas ditawarkan pertuduhan pilihan berikutan pihak pendakwaan menerima representasi tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas (Abdul Razman Mutokhir) dengan menyatakan kepada Lim bahawa mereka boleh menguruskan permohonan tersebut dengan bayaran penuh sebanyak RM75,000.
Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga tertuduh tidak bekerja dan mereka juga tiada kaitan dengan Jabatan Imigresen atau KDN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan bersama seorang lagi yang masih bebas dengan menyatakan bahawa mereka boleh menguruskan permohonan kelulusan kuota pekerja asing dengan bayaran RM75,000. - Gambar hiasan
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Penjara komited dekatkan ODP dan OBB dengan masyarakat
Pejabat parol daerah disarankan untuk melibatkan pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan, pihak swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pemulihan banduan dalam komuniti catat 73.3 kali ganda lebih berkesan
Kadar keberkesanan pemulihan banduan atau prospek dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Hantaran tular kos makan banduan RM41 sehari tidak tepat
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.
Ketua Pembangkang Rusia temui ajal di penjara
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Buruh warga Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang buruh warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna.