awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tipu pakej haji: Lima direman termasuk pemilik agensi pelancongan

Bernama
Bernama
10/07/2022
09:06 MYT
Tipu pakej haji: Lima direman termasuk pemilik agensi pelancongan
Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lepas oleh polis Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lepas oleh polis Kuala Lumpur.
Beliau berkata kesemua suspek itu diserahkan kepada pihaknya hari ini kerana kes itu dilaporkan berlaku di negeri itu (Selangor).
"Kesemua suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya direman hingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jemaah Terkandas | Idris kecewa, gesa hukuman setimpal kepada pelaku
Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah menerusi kenyataan berkata pihaknya menahan lima individu berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap dua agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.
Katanya, selain pasangan suami isteri pemilik syarikat berkenaan, mereka yang ditahan dipercayai pekerja dan ejen syarikat pelancongan berkenaan.
Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji terkandas
#tipu pakej pelancongan
#reman
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan