KOTA BHARU: Seorang pembantu perawatan kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menipu rakan sekerjanya dengan tawaran pelaburan emas yang tidak wujud membabitkan kerugian RM61,050 tahun lepas.
Nurfatin Natasha Abdullah, 28, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Aida Masirah Mohd Salleh, 51, di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di antara 25 November hingga 21 Disember 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun maksimum 10 tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Aida Masirah sehingga mendorong mangsa membuat transaksi pindahan wang antara RM500 hingga RM20,000 ke dua akaun bank.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry tidak menawarkan jaminan kepada Nurfatin Natasha kerana kes itu serius dan membabitkan penipuan manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon supaya dibenarkan diikat jamin dengan kadar minimum.
Ahmad Bazli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 untuk semua pertuduhan dan menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022

Tertuduh didakwa memperdaya mangsa membuat transaksi pindahan wang antara RM500 hingga RM20,000 ke dua akaun bank. - Gambar hiasan

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Tipu pelaburan emas: Pembantu perawatan kesihatan mengaku tidak bersalah
Nurfatin Natasha Abdullah, 28, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Usahawan muda harus berani libatkan diri dalam sektor perniagaan seperti pelaburan emas
Usahawan muda harus berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan baharu seperti pelaburan emas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

i-Sinar: Lebih separuh golongan T20 guna beli saham dan emas
Menurut kajian dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.

Pesara dakwa ditipu pelaburan emas tidak wujud lebih RM1.1 juta
Mangsa lelaki berumur 60 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dari negara jiran yang dikenali melalui satu aplikasi dating.

Guna semua simpanan ibu, labur skim emas tidak wujud diperkenal rakan lelaki
Tindakan mangsa yang berusia 23 tahun itu akhirnya menyebabkan mereka berputih-mata selepas menyedari ditipu lelaki berkenaan.

Tukang masak lesap lebih RM43,000 ditipu pelaburan emas
Seorang tukang masak di sebuah pusat peranginan terkenal kerugian RM43,500 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud.

28 mangsa pelaburan emas buat laporan polis
Mangsa mendakwa ditipu oleh Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan Malaysia berhubung pelaburan wang melibatkan kerugian kira-kira RM4.7 juta.

Genneva Malaysia: Mahkamah perintah Bank Negara fail pernyataan pembelaan
Saman yang difailkan 1,065 pelabur emas terhadap syarikat pelaburan emas terbabit bagi menuntut ganti rugi lebih RM146 juta.