MALAYSIA
Tipu tuntutan Perkeso, bekas penasihat firma guaman didenda RM97,200
Tertuduh, Ari Arjunan, dijatuhkan hukuman denda berjumlah RM97,200 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Rabu kerana menipu urusan tuntutan Perkeso.
BUTTERWORTH: Seorang ejen penasihat tuntutan firma guaman dijatuhkan hukuman denda berjumlah RM97,200 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Pulau Pinang, selepas mengaku bersalah menipu dua individu dalam urusan tuntutan Perkeso pada Rabu.
Tertuduh, Ari Arjunan, 37, didakwa menipu mangsa dengan kononnya beliau mampu menguruskan tafsiran penilaian Hilang Upaya Kekal (HUK) yang lebih tinggi oleh Jemaah Doktor Perkeso.
Kesalahan itu dilakukan pada September 2023 di sebuah restoran di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, difahamkan syarat tertentu ditetapkan oleh tertuduh sebelum mangsa menyerahkan wang berjumlah RM97,200.
Tertuduh pada awalnya berdepan dua pertuduhan utama di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, selain dua pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Ari mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 417 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Hakim Zulhazmi bin Abdullah kemudian menjatuhkan denda bersamaan jumlah wang yang diterima, iaitu RM50,000 bagi pertuduhan pertama dan RM47,200 bagi pertuduhan kedua.
Tertuduh yang diwakili firma guaman S Param & G Thila Advocates & Solicitors melunaskan denda berkenaan di mahkamah.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee, Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar dan Muhammad Syahmi Mohd Sanusi.

#perkeso
#penasihat firma guaman
#tipu tuntutan
#denda RM97 200
#Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth