MALAYSIA
Tipu tuntutan Perkeso, bekas penasihat tuntutan firma guaman didenda RM97,200

Hakim Zulhazmi Abdullah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM50,000 untuk pertuduhan pertama dan RM47,200 bagi pertuduhan kedua. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang bekas ejen penasihat tuntutan sebuah firma guaman didenda RM97,200 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu berhubung tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lepas.
Ringkasan AI
- Bekas ejen penasihat tuntutan sebuah firma guaman didenda RM97,200 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menipu dua pemohon tuntutan Perkeso dengan janji tafsiran Hilang Upaya Kekal (HUK) yang tinggi.
- Tertuduh memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai RM50,000 dan RM47,200 di sebuah restoran di Seberang Jaya pada September 2023, dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
- Hakim menjatuhkan hukuman denda RM50,000 dan RM47,200 bagi dua pertuduhan, dengan arahan penjara setahun jika gagal membayar denda tersebut.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Old Town White Coffee Seberang Jaya pada Sept 2023, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar, manakala lelaki itu diwakili peguam S. Parameswaran.
Hakim Zulhazmi Abdullah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM50,000 untuk pertuduhan pertama dan RM47,200 bagi pertuduhan kedua serta memerintahkan penjara setahun jika gagal membayar denda itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami