MALAYSIA
Titah Adendum: ‘Hormati semua pandangan, terserah kepada mahkamah’ - PM Anwar

Menurut Anwar. Kerajaan menghormati pandangan beberapa pihak yang mahu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan menghormati pandangan beberapa pihak yang mahu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak perlu melalui proses kehakiman yang sah, walaupun kerajaan menghormati pandangan pelbagai pihak.
- UMNO mohon pelaksanaan tahanan rumah UMNO merafak sembah agar Titah Adendum yang dikatakan membenarkan Najib menjalani hukuman di bawah tahanan rumah dilaksanakan, selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
- Walaupun AGC tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum, ia menolak prosedur pembentangan sebagai bukti baharu. Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak semakan kehakiman Najib, namun rayuan sedang diteruskan.
Pada Jumaat, UMNO memohon titah tahanan rumah ke atas Najib dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara pada Khamis.
Rabu lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.
Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Lembaga Pengampunan kemudian mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami