MALAYSIA
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib bagi memaksa kerajaan serta enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jika mahu melaksanakan hukuman tahanan di rumah, perkara tersebut perlu dibentang, dibahas dan diluluskan parlimen agar ia menjadi satu undang-undang berkuatkuasa, kata penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Ringkasan AI
Tambah Konsultan Kanan, Asia Global Consulting itu, ketika ini tidak wajar untuk menilai keputusan mahkamah menolak permohonan pihak Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Apabila kita cerita tentang tahanan di rumah, ia bukan perkara baharu. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ketika dalam penjara juga pernah mohon tahanan di rumah.
“Jawapan yang beliau (Anwar) terima di Parlimen yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri dahulu dan sekarang (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan perkara tersebut tidak mungkin terjadi kerana kita tidak ada ketetapan ini.
“Kalau hendak tahanan di rumah maka bincangkanlah mengenai peraturan ini. Bukan dengan secara semberono menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perkara ini terhapus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke parlimen - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar pula berpandangan, polemik yang timbul susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Titah Adendum perlu ditangani dengan baik agar tidak menjejaskan reputasi parti pemerintah yang menganggotai kerajaan ketika ini.
"Dalam konteks kontroversi ini, lebih ramai orang yang berada dalam kelompok pasif dan tidak beri reaksi berhubungan situasi yang berlaku, tetapi mereka ada undi.
“Kelompok ini ada yang bersifat rasional dan ada pula yang beremosi. Kelompok ini perlu dinilai oleh parti-parti politik sebelum mereka mengeluarkan kenyataan dan perlu urus kontroversi ini dengan baik,” ujarnya.
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri, Najib bagi memaksa kerajaan serta enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.
Ia membabitkan kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang disabitkan ke atas Najib yang juga bekas Presiden UMNO.
Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut, dibincang mahupun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Hakim itu juga memutuskan bahawa Titah Adendum berkenaan tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.
Agenda AWANI: Hormati Undang-Undang | Urus Perbezaan, Uji Kerjasama Politik
Ringkasan AI
- Tahanan di rumah hanya boleh dilaksanakan jika dibentang, dibahas dan diluluskan Parlimen sebagai undangundang, bukan dengan mempertikai kuasa Yang diPertuan Agong. Polemik titah adendum perlu diurus dengan berhatihati agar tidak menjejaskan persepsi pengundi pasif yang masih menilai situasi. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib kerana tahanan rumah tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.