MALAYSIA
Titah Adendum: Keputusan permohonan Najib jalani hukuman di rumah diketahui esok
Najib (tengah) sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menyalah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dijangka diketahui esok.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman difailkan Najib, yang memohon menjalani baki hukuman penjara di kediaman sendiri.
Bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menyalah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Dalam kes berprofil tinggi tersebut, Najib telah menghabiskan kesemua saluran rayuan selepas gagal mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa hukuman penjara asal selama 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib telah dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.
Susulan keputusan itu, Najib dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Bagaimanapun, pada 1 April 2024, beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujudnya satu perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Dalam permohonan tersebut, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Menerusi notis permohonannya, Najib memohon perintah mandamus supaya semua atau mana-mana responden mengesahkan serta memperakui kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 itu.
Beliau turut memohon perintah mandamus agar, sekiranya perintah tambahan tersebut disahkan wujud, responden berkaitan melaksanakan titah diraja berkenaan dan memindahkannya dengan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib atas alasan afidavit sokongan yang dikemukakan mengandungi keterangan bersifat dengar cakap.
Keputusan itu mendorong Najib mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan, yang kemudiannya membenarkan rayuan tersebut melalui keputusan majoriti 2-1 dan mengarahkan kes berkenaan dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.
Susulan itu, Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 13 Ogos lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menolak rayuan AGC dan memerintahkan supaya semakan kehakiman Najib dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh berdasarkan merit kes.
Kes tersebut kemudian didengar semula di Mahkamah Tinggi di hadapan Datuk Alice Loke, yang selepas mendengar hujahan semua pihak, menetapkan 22 Disember sebagai tarikh keputusan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Keputusan berhubung Titah Adendum mengenai permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumahnya dijangka diumumkan esok.
- Najib sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
- Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh keputusan terhadap permohonan Najib untuk menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri pada 22 Disember.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman difailkan Najib, yang memohon menjalani baki hukuman penjara di kediaman sendiri.
Bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menyalah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Dalam kes berprofil tinggi tersebut, Najib telah menghabiskan kesemua saluran rayuan selepas gagal mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa hukuman penjara asal selama 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib telah dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.
Susulan keputusan itu, Najib dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Bagaimanapun, pada 1 April 2024, beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujudnya satu perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Dalam permohonan tersebut, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Menerusi notis permohonannya, Najib memohon perintah mandamus supaya semua atau mana-mana responden mengesahkan serta memperakui kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 itu.
Beliau turut memohon perintah mandamus agar, sekiranya perintah tambahan tersebut disahkan wujud, responden berkaitan melaksanakan titah diraja berkenaan dan memindahkannya dengan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib atas alasan afidavit sokongan yang dikemukakan mengandungi keterangan bersifat dengar cakap.
Keputusan itu mendorong Najib mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan, yang kemudiannya membenarkan rayuan tersebut melalui keputusan majoriti 2-1 dan mengarahkan kes berkenaan dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.
Susulan itu, Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 13 Ogos lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menolak rayuan AGC dan memerintahkan supaya semakan kehakiman Najib dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh berdasarkan merit kes.
Kes tersebut kemudian didengar semula di Mahkamah Tinggi di hadapan Datuk Alice Loke, yang selepas mendengar hujahan semua pihak, menetapkan 22 Disember sebagai tarikh keputusan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah permohonan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung hukuman penjaranya?
A: Najib memohon untuk menjalani baki hukuman penjara di rumahnya berdasarkan satu perintah tambahan diraja yang dikatakan membenarkannya berbuat demikian. - Q: Apakah kesalahan yang telah menyebabkan Najib Razak menjalani hukuman penjara?
A: Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Q: Bilakah tarikh dijangka keputusan berhubung permohonan Najib untuk menjalani hukuman penjara di rumahnya akan diumumkan?
A: Keputusan berkenaan dijadualkan akan diumumkan esok, pada 22 Disember, oleh Hakim Mahkamah Tinggi.