MALAYSIA
Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan arah semakan kehakiman Najib disegerakan
Prosiding itu tidak sewajarnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada Najib dan pihak kerajaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Rabu mengarahkan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan Titah Adendum disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.
Ringkasan AI
Menurut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, prosiding itu tidak sewajarnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada Najib dan pihak kerajaan.
Sehubungan itu, beliau menetapkan pengurusan kes pada 18 Ogos ini dan tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh sebulan selepas itu.
“Mahkamah menetapkan 18 Ogos ini untuk pengurusan kes dan mengarahkan pihak-pihak memfailkan penghujahan bertulis secara serentak. Tarikh pendengaran ditetapkan dalam tempoh sebulan,” ujarnya.
BACA: Mahkamah Persekutuan sebulat suara tolak rayuan Peguam Negara
Hakim Hasnah yang mengetuai panel tiga hakim menyatakan demikian ketika mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Peguam Negara secara sebulat suara.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi itu, semakan tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi seperti tarikh-tarikh yang akan ditetapkan.
Ringkasan AI
- Mahkamah Persekutuan mengarahkan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berkaitan Titah Adendum disegerakan di Mahkamah Tinggi.
- Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menegaskan prosiding tidak boleh dilengahkan demi keadilan kepada Najib dan kerajaan.
- Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Ogos dan perbicaraan akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas itu.