NATIONAL
Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara
Najib mendakwa bahawa addendum diraja membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum ke Mahkamah Tinggi.
Ringkasan AI
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, mencapai keputusan itu secara sebulat suara selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Ahli panel lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.
Prosiding hari ini bersambung dengan mendengar permohonan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar mengemukakan hujahan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili bekas Perdana Menteri itu.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa bahawa addendum diraja membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Najib, 71, dalam permohonan semakannya memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Jan tahun lepas.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut memohon perintah agar sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta, termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Amarjeet Singh yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan bahawa empat afidavit yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.
Beliau kemudiannya memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Ringkasan AI
- Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum ke Mahkamah Tinggi.
- Najib memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
- Najib menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, dengan hukuman penjara dikurangkan daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan.