NATIONAL
Titah Adendum: Najib fail prosiding hina mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin

Najib memohon Ahmad Terrirudin (kanan) dipenjara kerana mendakwa bekas Peguam Negara itu telah menghina mahkamah berkaitan Titah Adendum.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dipenjara kerana mendakwa bekas Peguam Negara itu telah menghina mahkamah berkaitan Titah Adendum.
Ringkasan AI
- Najib memohon agar Ahmad Terrirudin dipenjara kerana didakwa menghina mahkamah dalam isu pelaksanaan **Titah Adendum** oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang berkaitan dengan penahanan rumah beliau.
- Najib mendakwa Ahmad Terrirudin, semasa menjadi Peguam Negara, mengarahkan pegawainya untuk mengelirukan Mahkamah Tinggi dalam semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum tersebut, walaupun beliau didakwa mengetahui kandungan sebenar titah itu.
- Firma guaman mewakili Najib menyatakan bahawa ketulenan Titah Adendum telah disahkan oleh Majlis Kesultanan Pahang, dan titah itu secara langsung ditujukan kepada Ahmad Terrirudin untuk dilaksanakan semasa beliau masih memegang jawatan Peguam Negara.
Firma guaman itu berkata, salinan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan diserahkan kepada Najib menerusi anaknya, Datuk Mohamad Nizar, turut disahkan ketulenannya oleh Majlis Kesultanan Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari lalu.
Kenyataan itu menambah, Titah Adendum berkenaan secara langsung ditujukan kepada Ahmad Terrirudin dalam kapasitinya sebagai Peguam Negara ketika itu untuk melaksanakan kandungan titah tersebut.
Bagaimanapun, Najib mendakwa Ahmad Terrirudin ketika memegang jawatan berkenaan telah mengarahkan pegawainya supaya mengelirukan Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan semakan kehakiman berhubung perkara itu.
Menurut kenyataan itu, Najib menegaskan Ahmad Terrirudin seharusnya melaksanakan kewajipan penjawat awam untuk bersikap telus kepada mahkamah, memandangkan beliau mempunyai pengetahuan langsung mengenai kewujudan dan kandungan Titah Adendum tersebut.
"Memandangkan Ahmad Terrirudin kini memegang jawatan sebagai Hakim mahkamah tertinggi, Najib berpendapat beliau perlu diberikan peluang untuk menjawab semua dakwaan serius yang dikemukakan terhadapnya.
"Najib turut berpendapat tindakan Ahmad Terrirudin telah mencemarkan nama baik institusi kehakiman dan wajar dikenakan hukuman berat oleh mahkamah," katanya.
Dalam masa sama, firma guaman tersebut menyeru semua pihak termasuk pemerhati agar tidak membuat sebarang spekulasi, sebaliknya membiarkan mahkamah menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami