MALAYSIA
Titah Adendum: Najib fail rayuan berhubung isu tahanan di rumah
Rayuan bagi kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib akan difailkan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Ringkasan AI
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Najib, ketika dihubungi mengesahkan bahawa notis rayuan berkaitan Titah Adendum telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 24 Dis lepas.
Beliau juga berkata rayuan bagi kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib akan difailkan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima perintah rasmi daripada mahkamah untuk pengesahan.
Pada 22 Dis lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching menolak permohonan itu selepas mendapati titah berkenaan tidak dibincang atau diputuskan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024.
Susulan keputusan itu, Najib, 72, perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi pada asalnya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau, keputusan yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, petisyen Najib untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022 menyaksikan Lembaga Pengampunan memendekkan tempoh hukuman penjara beliau kepada enam tahun dan mengurangkan dendanya kepada RM50 juta.
Pada 26 Dis lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion kepada Najib selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, mengarahkan agar hukuman itu berkuat kuasa selepas Najib selesai menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun bagi kes membabitkan SRC International, yang akan berakhir pada 23 Ogos 2028.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Najib Tun Razak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung titah adendum yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di tahanan rumah.
- Peguam beliau mengesahkan notis rayuan berkaitan telah difailkan di Mahkamah Rayuan dan rayuan bagi kes 1MDB akan difailkan selepas menerima perintah rasmi.
- Najib, 72 tahun, perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan menetapkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.4 bilion kepadanya.