awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: Pas sentiasa bersama mereka yang dizalimi - Fadhli Shaari

Faida Rahim
Faida Rahim
06/01/2025
03:15 MYT
Titah Adendum: Pas sentiasa bersama mereka yang dizalimi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli (tengah) berkata, sejak dahulu lagi, Pas sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Pas akan membela mana-mana rakyat Malaysia yang dinafikan haknya, termasuk daripada kalangan pesaing politik.

Ringkasan AI
  • Pas akan membela hak semua rakyat Malaysia yang dizalimi, termasuk pemimpin pesaing politik seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan Najib Razak.
  • Pas sentiasa bersama mereka yang dizalimi, seperti Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir, dalam menentang kezaliman.
  • Kehadiran ramai ahli UMNO menyokong Najib menunjukkan isyarat kepada Presiden UMNO bahawa parti perlu berubah.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sejak dahulu lagi, Pas sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi.
“Pas ada kena mengena dengan semua rakyat Malaysia sebab Pas parti yang ditubuhkan di Malaysia dan sesiapa pun haknya dizalimi, walaupun namanya Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang sekali pun, kami akan turun untuk membela.
“Jadi apatah lagi Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara ini.
“Mengikut pandangan dan penilaian kami, beliau sepatutnya diberikan haknya melalui titah Adendum yang memberikan tahanan di rumah. Jadi sangat-sangat patut kita turun bersolidariti untuk beliau.
“Pas bukan nak bercakap besar, tapi kita dari dahulu lagi sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi. Soal takut tidak ada dalam kamus perjuangan kami.
“Dulu, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan, kita bersama dengan beliau.
"Kami juga bersama dengan Tun Dr Mahathir ketika beliau di luar kerajaan; samalah seperti hari ini untuk Najib dalam isu membela keadilan dan menentang kezaliman yang berlaku,” katanya kepada media di pekarangan Istana Kehakiman, pada Isnin.
‘PAS sentiasa mereka yang dizalimi’- Fadhli Shaari
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kehadiran ramai ahli UMNO bagi menyatakan sokongan kepada Najib juga dilihat satu isyarat kepada Presiden parti itu bahawa UMNO perlu berubah.
“Kalau Presiden UMNO kata pada hari ini risiko tanggung sendiri, lihatlah berapa ramai orang UMNO yang datang hari ini.
“Ini menunjukkan orang UMNO akar umbi sendiri tidak percaya dan mengabaikan arahan presiden mereka.
“Ini signal kuat kepada UMNO bahawa mereka perlu berubah sebelum mereka diubah ahli mereka sendiri,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#parti lawan
#bela pihak dizalimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan