MALAYSIA
Titah Adendum: Pemuda UMNO desak laksana segera
Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik, susulan pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kewujudan dokumen tersebut.
Menurut Pemuda UMNO, pengakuan yang dibuat dalam prosiding Mahkamah Persekutuan itu sekali gus membuktikan bahawa titah berkenaan benar-benar wujud, terutama selepas pelbagai polemik dan penafian sebelum ini.
"Maka, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut menggambarkan satu bentuk penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara," kata pergerakan itu dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Dalam masa sama, Pemuda UMNO turut mengecam kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mempertikaikan cadangan agar Najib dibenarkan menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.
"YB (Yang Berhormat) Lim perlu faham bahawa gesaan ini bukan sekadar cadangan daripada UMNO semata-mata, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Persekutuan," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, titah berkenaan dibuat mengikut saluran perundangan dan Perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau secara sewenang-wenangnya.
"Justeru, kenyataan yang menyanggah titah tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen berkenaan meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara," katanya.
Pada 9 Julai lalu, dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan, AGC tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa sebagai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Sebaliknya, AGC hanya membangkitkan isu berkaitan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.