MALAYSIA
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengaminkan doa pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 sebagai padat dan menyeluruh, merangkumi perkara penting yang perlu diberi perhatian.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata meskipun titah berkenaan disampaikan secara ringkas, kandungannya sarat dengan mesej yang boleh dijadikan fokus oleh Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dijadual bermula esok.
"Apa yang paling penting ialah soal-soal yang sudah termaktub itu tidak diganggu atau diubah, agar menjadi asas perbahasan yang jelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat berkenaan di sini hari ini.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid berkata setiap kementerian mempunyai dasar dan pelan tindakan khusus yang akan dibentang dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen, termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata KKDW telah merancang 42 inisiatif game changer untuk dilaksanakan tahun ini, dan kesemua inisiatif tersebut akan diteliti oleh Ahli Parlimen melalui penyelidikan masing-masing untuk dibahaskan dalam persidangan Parlimen kali ini.
"Semua program utama yang telah ditetapkan akan dilaksanakan mengikut perancangan strategik kementerian dan sudah tentu perkara-perkara ini akan menjadi fokus dalam perbahasan di Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-15 disifatkan padat dan menyeluruh oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
- Titah tersebut mengandungi mesej penting yang perlu diberi perhatian, yang tidak seharusnya diganggu atau diubah untuk menjadi asas perbahasan yang jelas oleh Ahli Parlimen.
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merancang 42 inisiatif "game changer" untuk dilaksanakan tahun ini, yang akan menjadi fokus perbincangan dalam persidangan Parlimen kali ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata meskipun titah berkenaan disampaikan secara ringkas, kandungannya sarat dengan mesej yang boleh dijadikan fokus oleh Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dijadual bermula esok.
"Apa yang paling penting ialah soal-soal yang sudah termaktub itu tidak diganggu atau diubah, agar menjadi asas perbahasan yang jelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat berkenaan di sini hari ini.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid berkata setiap kementerian mempunyai dasar dan pelan tindakan khusus yang akan dibentang dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen, termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata KKDW telah merancang 42 inisiatif game changer untuk dilaksanakan tahun ini, dan kesemua inisiatif tersebut akan diteliti oleh Ahli Parlimen melalui penyelidikan masing-masing untuk dibahaskan dalam persidangan Parlimen kali ini.
"Semua program utama yang telah ditetapkan akan dilaksanakan mengikut perancangan strategik kementerian dan sudah tentu perkara-perkara ini akan menjadi fokus dalam perbahasan di Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri mengenai Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15?
A: Padat dan menyeluruh, merangkumi perkara penting yang perlu diberi perhatian. - Q: Mengapakah Ahmad Zahid mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak mengganggu atau mengubah soal-soal yang sudah termaktub dalam Titah Diraja?
A: Agar menjadi asas perbahasan yang jelas dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. - Q: Berapa banyak inisiatif game changer yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tahun ini?
A: 42 inisiatif game changer.