SANDAKAN: Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dan perolehan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) diharap menjadi keutamaan kerajaan baharu bagi memantapkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya di Armada Timur mempertahankan perairan negara.
Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjelaskan kapal yang terdapat di Armada Timur ketika ini ialah kapal yang hanya mempunyai keupayaan untuk meronda, dan bukan kapal untuk tujuan bertempur.
Beliau berkata Armada Timur kini tidak mempunyai kapal perang yang mampu bertempur dalam peperangan maritim sekiranya berlaku sebarang konflik, justeru LCS dan LMS amat diperlukan pada masa ini untuk memenuhi keperluan berkenaan.
"TLDM telah banyak kali menyuarakan hasrat untuk memperoleh aset baharu melalui Pelan Transformasi '15-to-5' yang tergendala disebabkan kelewatan penyiapan LCS dan TLDM amat mengharapkan LMS kumpulan kedua menjadi kenyataan dalam Pelan Pusingan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Latihan Eksesais Operasi Laut (OSTEX) siri ketiga di perairan Sandakan dekat sini pada Jumaat.
OSTEX siri ketiga dan terakhir tahun ini dilaksanakan sejak 2 Dis lepas dan dijadualkan tamat pada Ahad ini (11 Dis).
Pelan Transformasi '15-to-5' ialah pelan penyusunan semula kelas kapal daripada 15 kelas kepada lima agar lebih efektif untuk diselenggara.
Sabri berkata aset TLDM Armada Timur telah usang dengan aset termuda berusia 12 tahun, selain sistem persenjataan kapal yang telah lapuk.
Sementara itu, beliau juga memberitahu TLDM telah menerima tiga Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala baki lima HOM akan diperoleh secara berperingkat.
"Penggunaan helikopter ini bukan hanya untuk pengangkutan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal), tetapi juga digunakan untuk pengawasan di perairan Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan yang amat luas.
"Keadaan ini memerlukan kehadiran helikopter bagi meningkatkan lagi kecekapan pengawasan kita di maritim negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Armada Timur kini tidak mempunyai kapal perang yang mampu bertempur dalam peperangan maritim sekiranya berlaku sebarang konflik, justeru LCS dan LMS amat diperlukan pada masa ini untuk memenuhi keperluan berkenaan. - Foto fail

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Sidang Media | Apa kata Perdana Menteri?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pemimpin politik yang seolah-olah menggunakan agama untuk 'membenarkan' salah guna kuasa dan rasuah. Tegas Presiden PKR itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu. Di bilik berita Ridauddin Daud ada butirannya.

Perolehan kumpulan pertama LCS dikurangkan kepada lima kapal - Panglima TLDM
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob mengesahkan perkara berkenaan.

MINDEF akan realisasikan projek LCS, kukuhkan pertahanan negara - Mohamad Hasan
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan merealisasikan pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

Projek pembinaan LCS tetap diteruskan - Mohamad Hasan
Kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan kapal tempur pesisir (LSC) yang sebelum ini menjadi kontroversi.

TLDM Armada Timur harap LCS, LMS jadi keutamaan kerajaan baharu
LCS dan perolehan kumpulan kedua LMS diharap menjadi keutamaan kerajaan baharu bagi memantapkan kemampuan TLDM khususnya di Armada Timur mempertahankan perairan negara.

Kerajaan tidak pernah abai isu LCS - Ismail Sabri
Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.

Pembinaan LCS diharap disambung semula awal tahun depan
Projek LCS masih dalam fasa mobilisasi yang dijangka selesai hujung Disember ini.

"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.

Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef
Syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard berhubung harga kapal berkenaan.

Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.