KUALA LUMPUR:Sejumlah 450 ekor burung murai yang cuba diseludup ke luar negara berjaya dikesan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalankan Op Benteng Laut di sempadan negara.
Cubaan menyeludup haiwan terlindung yang dilakukan oleh seorang tekong warga Indonesia itu dikesan di sekitar Teluk Ramunia, Johor pada malam tadi.
Menurut Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut, Perak, ketika TLDM sedang melaksanakan operasi, pasukan itu menerima maklumat daripada Sistem Pengawasan Laut Maritim (SWASLA) pada pukul 11.32 malam tadi, mengenai kewujudan sebuah bot yang mencurigai sedang menuju ke perairan Teluk Ramunia.
"TLDM menahan seorang tekong warga Indonesia dipercayai penyeludup serta sebuah bot enjin berkapasiti 40 kuasa kuda tanpa dokumen yang sah pada pukul 12.22 tengah malam.
"Pemeriksaan lanjut dalam bot itu, kita menjumpai 45 bekas mengandungi 450 ekor burung yang keseluruhanya bernilai lebih RM165,000," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Kenyataan itu turut memaklumkan, selain itu, TLDM turut merampas sebuah bot fiber bernilai RM5,000 dan enjin sangkut berjenama Yamaha yang bernilai RM10,000.
Lelaki itu katanya, dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Sungai Mas untuk menjalani pemeriksaan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Umavathi Ramayah
Thu Dec 17 2020
Ketika TLDM sedang melaksanakan operasi, pasukan itu menerima maklumat dari SWASLA pada pukul 11.32 malam tadi, mengenai kewujudan sebuah bot yang mencurigai. - Gambar TLDM
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
[LAPOR LANGSUNG] 10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian dan persemadian semua 10 mangsa nahas berkenaan.
Pastikan martabat TLDM terus dijulang, dihormati - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu martabat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus dijulang dan dihormati.
Bajet 2023: Tingkat keupayaan tempur TLDM - Armada Timur
Bajet 2023 wajar menitikberatkan perolehan baharu dan menaik taraf keupayaan aset ketenteraan menerusi penambahan peruntukan pertahanan bagi menangani ancaman terhadap keselamatan negara.
Penyerahan LCS pertama masih dalam garis masa yang sama - Hishammuddin
Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih kekal dalam garis masa seperti yang diumumkan sebelum ini dan tidak berubah.
Malaysia, Indonesia mulakan latihan Tentera Laut 'Malindo Jaya'
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) hari ini memulakan latihan bersama untuk meningkatkan profesionalisme dan mengeratkan jalinan kerja sama.
Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.
TLDM berkas dua PATI di perairan Johor
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya memberkas dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara secara tidak sah di perairan Tenggara, Johor awal pagi tadi.
TLDM gagalkan cubaan 12 bot nelayan asing ceroboh perairan negara
TLDM berjaya menggagalkan cubaan pencerobohan 12 bot nelayan asing daripada memasuki perairan negara, berhampiran Pulau Perak, petang tadi.
Empat LMS di Sabah mantapkan kawalan keselamatan perairan negara - Hishammuddin
Penempatan empat LMS TLDM di Markas Pemerintahan Armada Timur mampu memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.