MALAYSIA
TLDM selamatkan 19 nelayan hanyut selepas bot karam
Anggota TLDM KD Ledang telah menyelamatkan 19 mangsa bot nelayan yang karam akibat cuaca buruk. - Foto Ihsan TLDM.
KUALA LUMPUR: Seorang nelayan meninggal dunia, manakala 19 yang lain sempat diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas bot mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Pulau Perak pada Rabu malam.
TLDM dalam kenyataan berkata, Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11 pagi.
“Kapal Diraja (KD) Ledang telah diaturgerakkan ke kawasan pencarian untuk melaksanakan operasi secara berterusan.
"Semua mangsa telah diselamatkan pada jam 10.15 malam namun seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia. Mangsa yang lain diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan kapal sebelum dibawa ke daratan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam insiden berasingan, TLDM telah menyelamatkan sembilan pekerja senggaraan suar yang terkandas akibat kejadian tanah runtuh di Pulau Jarak, Perak pada Selasa.
"Sebuah helikopter Super Lynx telah diatur gerak bagi melaksanakan pemindahan dari lokasi yang dinilai kawasan berisiko tinggi," katanya.
TLDM turut mengingatkan komuniti maritim agar lebih berhati-hati apabila keluar ke laut khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
“Angin kencang dan hujan lebat mampu meningkatkan risiko ombak tinggi serta penglihatan yang terhad.
“orang ramai dinasihatkan mematuhi amaran cuaca dan mendapatkan maklumat awal dari pihak berkuasa sebelum keluar ke laut,” katanya lagi.