awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM,TLDT jalin kerjasama laksana N/K CPA

Aida Aziz
Aida Aziz
08/12/2022
10:10 MYT
TLDM,TLDT jalin kerjasama laksana N/K CPA
Tentera Laut Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) menjalin kerjasama dalam melaksanakan Coordinated Patrol Area Narathiwat-Kelantan (N/K CPA) semalam. - Gambar ihsan TLDM
LUMUT: Tentera Laut Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) menjalin kerjasama dalam melaksanakan Coordinated Patrol Area Narathiwat-Kelantan (N/K CPA) semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, aktiviti tersebut dilaksanakan di perairan sempadan Malaysia-Thailand.
Kenyataan itu berkata, aktiviti itu membabitkan aset TLDM dan TLDT iaitu KD Gempita dan HTMS Klong Yai.
"Beberapa siri latihan turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kompetensi warga kapal yang terlibat.
"Rondaan terkoordinasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan khususnya di sempadan perairan Malaysia-Thailand, selain mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan, kerjasama antara Malaysia-Thailand ini dilihat mampu untuk menyekat serta mematahkan unsur yang berisiko memberi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.
TLDM juga sentiasa komited untuk menjalin hubungan antarabangsa, terutamanya bersama negara jiran demi melindungi perairan dan sempadan negara pada setiap masa.
Topic Berkaitan
#Tentera Laut Laut Diraja Malaysia
#Tentera Laut Diraja Thailand
#Coordinated Patrol Area Narathiwat-Kelantan
#aset TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan