Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan akan meneruskan aktiviti pemasangan perkhidmatan unifi di premis pelanggan yang terletak di kawasan Zon Hijau seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Begitu juga, untuk aktiviti perkhidmatan pemulihan, pasukan teknikal TM akan menyelesaikan isu-isu perkhidmatan pelanggannya termasuk di dalam premis mereka, dengan syarat premis tersebut terletak di kawasan Zon Hijau, selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dan NSC.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, TM berkata bagi mereka menetap di kawasan Zon Kuning dan Merah, aktiviti pemulihan akan dilakukan hingga ke Pusat Pengedaran (DP) sahaja dan pelanggan perlu membuat sendiri Peralatan Premis Pelanggan (CPE) mereka dengan bantuan dari pasukan teknikal TM.
Bagaimanapun, aktiviti pemulihan akan diteruskan seperti yang dijalankan di hospital, klinik dan agensi kritikal lain ketika ini.
Sementara itu, TM berkata untuk pelanggan unifi baharu Home yang tinggal di Zon Kuning yang sedang menunggu pemasangan perkhidmatan jalur lebar gentian mereka, mereka akan disediakan unifi Air sebagai penyelesaian interim untuk akses Internet jalur lebar mereka.
Perkhidmatan tanpa wayar ini akan tersedia kepada pelanggan yang berada di kawasan liputan evolusi jangka panjang TM.
"Berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, rakyat Malaysia sudah mula menyesuaikan diri dengan 'kebiasaan baharu' dengan duduk di rumah dan bekerja dari rumah.
"Kita semua menyaksikan perubahan yang tidak dijangka dalam gaya hidup kita, dengan banyak kemahiran dan pelajaran dipelajari ketika kita meneruskan perjuangan melawan pandemik COViD-19," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin.
Katanya, TM serius menggalas tanggungjawab itu dan memutuskan untuk meneruskan aktiviti pemasangan dan pemulihan perkhidmatan di premis pelanggan bagi membolehkan mereka terus menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lancar.
Bagaimanapun, TM telah menyediakan protokol keselamatan yang diperlukan, mematuhi panduan yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggannya tetap menjadi keutamaannya.
"Oleh itu, kami harus jelas mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pekerja dan pelanggan kita sebelum melakukan sebarang aktiviti di dalam premis pelanggan.
"Kami juga meminta kerjasama baik daripada pelanggan kami untuk memenuhi syarat ditetapkan dengan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan secara digital untuk memastikan keselamatan kedua-dua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020

TM telah menyediakan protokol keselamatan yang diperlukan, mematuhi panduan yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan Suruhanjaya Komunikasi dan SKMM.

Politik | Penggunaan dana awam bagi parti politik
Bagi membincangkan mengenai cadangan Bersih 2.0, bersedia secara Skype adalah Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan PKPB dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baru turun ke dua angka.

COVID-19 | PKPD dilaksanakan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan
Kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan.

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

Cerita Sebalik Berita: Ibu 8 anak | Cabaran PdPR selepas pulih COVID-19
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: Sindiket dadah terbesar negara akan didakwa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majisteret Johor Bahru pada Selasa.

Bagaimana AS di bawah pentadbiran Biden?
Indo-Pasifik akan sentiasa menjadi keutamaan bagi Amerika walaupun Presiden Biden perlu memperbaiki hubungan-hubungan diplomatik yang telah dirosakkan oleh Trump.

COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.

Tumpuan AWANI 7:45 - Perjuangan belum berakhir | Elak salah guna kuasa
Setahun pandemik COVID-19 melanda Malaysia, negara masih bergelut dengan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Bersih 2.0 cadang dana tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk parti politik untuk kurangkan rasuah. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

PKPD di Kuarters dan Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Genap setahun negara dibadai COVID-19, warga KKM tetap komited perangi pandemik
KKM menyatakan kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertingginya dan juga barisan hadapan.

Ubah mekanisme, perkemas kaedah pengeluaran produk sawit - Pedagang
Langkah itu bagi mengelakkan pengeluaran produk sawit terjejas jika berlaku kekurangan guna tenaga buruh susulan pandemik COVID-19.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.