TMJ bayar zakat RM1 juta

Sinar Harian
Mei 29, 2019 15:24 MYT
Dalam majlis sama, Tunku Ismail turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM1 juta bagi tahun ini dalam satu pertemuan yang diadakan di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Twitter peribadi putera Sultan Johor itu, penyerahan bayaran zakat berkenaan telah disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Dalam majlis sama, Tunku Ismail yang juga Pengerusi MAINJ turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari majlis berkenaan kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
Terdahulu, ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga telah melaksanakan ibadah berkenaan selepas membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun ini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1juta pada hari ini, 29 Mei 2019. (1/2)https://t.co/GRXZBeWNIp pic.twitter.com/fZiyHDKZon

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#elaun #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #Sultan Johor #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #wakaf #zakat