[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

TMJ jawab amaran Dr Mahathir

Astro Awani 09/04/2019 | 12:24 MYT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sedia berhadapan dengan tindakan selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
Dalam ciapan di laman Twitter peribadinya, Tunku Ismail 'mempersilakan' Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat demikian.
“Sila. If I have to go down kerana menegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja-Raja Melayu, dan Islam.
“Dengan apa-apa cara pun. Anda tahu di mana hendak cari saya,” tulis beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan itu juga, Tunku Ismail mempertahankan tindakannya memberikan pandangan seperti rakyat biasa.
“Macam Rakyat biasa saya berhak tanya soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Habiskan apa yang anda mulakan,” kata Tunku Ismail lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataannya menegaskan, tiada siapa di negara ini termasuk Tunku Ismail akan terlepas daripada dikenakan undang-undang sekiranya ada kenyataan yang dibuat melanggar undang-undang.
Menurut Dr Mahathir, Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dalam reaksinya berkata: "Kita menghormati hak Tunku untuk mengkritik.
"Patik berkarap Tunku pun menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tersebut. Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: TMJ bebas kritik kerajaan, tetapi jangan langgar undang-undang - Tun M
#Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #TMJ jawab amaran Dr Mahathir #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor