awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ kongsi saat cemas, bersyukur terselamat insiden tembakan di Bangkok

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2023
16:46 MYT
TMJ kongsi saat cemas, bersyukur terselamat insiden tembakan di Bangkok
TMJ menceritakan situasi cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila penembak mula melepaskan tembakan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersyukur beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.
Tengku Mahkota Johor berada di Bangkok untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG Pathum United.
Dalam kemas kini di media sosial, TMJ menceritakan situasi cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila penembak mula melepaskan tembakan dan orang ramai mula meluru masuk ke dalam lobi hotel di mana mereka menginap, untuk mendapatkan perlindungan.
"Kami membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
"Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku," tulis TMJ.
Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu. Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang pic.twitter.com/SG4G558Tvi
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 3, 2023
Tambah TMJ, apa yang difikirkannya ketika itu ialah untuk membawa keluarga dan pasukannya keluar dari situasi bahaya secepat mungkin. Mereka kemudian dibawa ke Kedutaan Singapura yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
"Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis," katanya sambil memaklumkan mereka sekeluarga kini berada di kedutaan, dan sudah pun menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk memaklumkan situasi semasa.
"Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh.
"Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#TMJ
#situasi semasa
#lobi hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan