awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ naik teksi pulang ke istana

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2018
21:44 MYT
TMJ naik teksi pulang ke istana
Ramai memuji tindakan TMJ yang rajin turun padang menjenguk permasalahan rakyat. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
SEKALI lagi, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menarik perhatian netizen apabila beliau berkongsi video pendek pulang ke Istana dengan sebuah teksi melalui Instagram (IG) rasmi putera mahkota itu.
Tunku Mahkota Johor, berangkat menyertai Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) memberikan sumbangan bantuan kepada para gelandangan di sekitar Johor Bahru bersama isteri beliau Che’ Puan Khaleeda Bustaman.
"Alhamdulillah, selesai memberi bantuan berupa ubat-ubatan dan makanan kepada ‘homeless’. Saya dalam perjalanan pulang dengan menaiki teksi bersama Uncle Raj," katanya.
Dalam video tersebut, kedengaran juga TMJ sempat mengusik isterinya sebagai 'Human GPS', kerana membantu pemandu teksi tersebut menunjuk jalan.
Rata-rata netizen menganggap TMJ adalah seorang yang sangat sempoi dan sweet.
Ramai memuji tindakan TMJ yang rajin turun padang menjenguk permasalahan rakyat.
BACA: 'TMJ pun naik Kancil je...'
Malah ada yang memuji TMJ tidak perlu iringan pengawal peribadi untuk ke mana-mana.
"Hahaha sempoi TMJ. Lebih sempoi kalau tengku berjalan mana-mana tak payah ada pengawal keselamatan," tulis Vkamarul.nil
"Saya bangga menjadi rakyat Johor," tulis zara_nas.
"Marilah membantu lebih banyak dan ramai lagi rakyat Johor yang susah. Sikit demi sikit, sesungguhnya ALLAH paling suka amalan yang sikit demi sikit tapi beristiqamah," tulis zamini_raf12.
"Semoga sentiasa ceria selalu bersama rakyat," tulis zuwairirahman.
"Alhamdullillah Tuanku, harap tuanku dan che puan selamat sampai di istana. Seronok sekali sekala naik teksi kan tuanku," tulis tmj_geng.
"Alhamdullillah Tuanku dan Che Puan, sentiasa bantu sesama manusia. Syok naik Teksi Tuanku. Tak ada protokol sangat tapi jangan buat selalu, nanti ada yang memerhati," tulis johorsupporterswakeup.
View this post on Instagram
Taxi with Uncle Raj.. done with giving back to the Homeless. Alhamdullillah
A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on
Nov 3, 2018 at 10:10am PDT
Topic Berkaitan
#bantuan
#gelandangan
#Instagram
#Johor Bahru
#rakyat
#sumbangan
#teksi
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
#turun padang
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan