TMJ namakan empat figura potensi jadi PM masa depan

Sinar Harian
Oktober 3, 2018 14:50 MYT
Tunku Ismail menjelaskan kenyataannya itu bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik tetapi sekadar pilihan peribadinya sahaja. - Foto BERNAMA
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan empat figura berpotensi menjadi perdana menteri di masa akan datang.
Pendapat dikongsi menerusi laman Twitter rasmi beliau itu menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Turut menjadi pilihan Tunku Ismail adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun Tunku Ismail menjelaskan kenyataan itu bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik tetapi sekadar pilihan peribadinya sahaja.
“Ini cuma pilihan saya, tidak mencampuri hal politik langsung, jadi jangan ada yang melatah.
“Anda tahu siapa yang saya rasa berpotensi menjadi perdana menteri terbaik satu hari nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” katanya dalam tweet berkenaan.
Tunku Ismail dalam ruangan tweet yang sama juga sempat membalas capaian seorang pengguna twitter lain yang mencalonkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan perlu berada dalam senarai itu.

This is just my opinion. Not getting involved in politics at all, so don't panic or be jumpy. Do you know who I think has potential to be a great prime minister in the future? Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Azmin Ali, YB Khairy Jamaluddin and YB Nurul Izzah.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Khairy Jamaluddin #Nurul Izzah #Perdana Menteri #PM #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor