TMJ sah positif COVID-19, kini sudah pulih

Astro Awani
Oktober 22, 2021 14:08 MYT
Tunku Ismail merakamkan penghargaan atas ucapan doa semua pihak untuknya. - Gambar/ IG Tunku Ismail
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dijangkiti COVID-19 namun kini sudah pulih.
Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi Insta Story pada Jumaat.
The Tiger is back,” kata Tunku Ismail.
Menerusi Insta Story itu juga, Tunku Ismail merakamkan penghargaan atas ucapan doa semua pihak untuknya.
“2 weeks of covid, and now.
“Few weeks ‘down time’ physically and psychologically, thank you for well wishes and now (Beberapa minggu berehat fizikal dan mental, terima kasih atas ucapan doa dan sekarang...),” katanya.
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim #TMJ #Tunku Mahkota Johor #COVID-19