awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMK 2025: 50 peratus sasaran libatkan tanah besar Kedah - Exco

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
01/01/2025
02:10 MYT
TMK 2025: 50 peratus sasaran libatkan tanah besar Kedah - Exco
Pemandangan udara Jambatan Tok Pasai ketika majlis pelancaran simboliknya baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
KUALA KEDAH: Separuh daripada sasaran pelancong yang ditetapkan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 yang bermula hari ini, melibatkan daerah-daerah di tanah besar negeri ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin.
Sementara itu, baki 3.5 juta lagi pelancong yang dijangka berkunjung ke negeri jelapang padi ini adalah melibatkan Pulau Langkawi.
Beliau menzahirkan keyakinan jumlah berkenaan mampu dicapai, berdasarkan persiapan yang dilakukan, selain data-data yang dikumpul, khususnya melibatkan kemasukan pelancong ketika musim cuti persekolahan.
"Kita berkeyakinan penuh untuk capai sasaran itu. Sebab itu, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, sasaran 6.5 juta pelancong kita naikkan kepada tujuh juta, sebab kita yakin kita mampu mencapainya.
"Baru-baru ini juga, kalau kita tengok di Langkawi, sejak cuti sekolah 20 Dis lalu, kehadiran pelancong di pulau itu sahaja lebih daripada 100,000, melepasi cuti sekolah tahun sebelumnya.
"Jadi, insya-Allah industri pelancongan di Kedah, terutama di Langkawi, sudah pulih," katanya selepas majlis pelancaran simbolik Jambatan Tok Pasai di sini, baru-baru ini.
Majlis pelancaran simbolik Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah, 30 Dis 2024. - Foto Astro AWANI
Majlis pelancaran simbolik Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah, 30 Dis 2024. - Foto Astro AWANI
Dalam perkembangan sama, Mohd Salleh memaklumkan, persiapan yang dilakukan oleh semua pihak telah mencapai 100 peratus menjelang ambang tahun baharu 2025.
Ahli DUN Kubang Rotan itu turut menyeru agar semua pemain industri pelancongan di negeri itu terus mempromosikan sektor berkenaan agar sasaran yang ditetapkan itu berjaya dicapai.
Sebelum ini, Mohd Salleh berkata, pelbagai produk pelancongan baharu telah dirangka dalam merancakkan TMK 2025.
Mohd Salleh (tengah, baju merah) hadir pada majlis pelancaran simbolik Jambatan Tok Pasai, 30 Dis 2024. - Foto Astro AWANI
Mohd Salleh (tengah, baju merah) hadir pada majlis pelancaran simbolik Jambatan Tok Pasai, 30 Dis 2024. - Foto Astro AWANI
Dengan keberadaan produk tersebut, katanya, sasaran kehadiran pelancong ditingkatkan kepada tujuh juta berbanding 6.5 juta sebelum ini.
Beliau menjelaskan, pengisian bagi TMK 2025 juga dianggarkan melebihi 100 acara pelancongan melibatkan kesemua 12 daerah di Kedah.
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Kedah
#TMK 2025
#pelancongan
#Mohd Salleh Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan