awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMM2026: Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negara - Ayob Khan

Bernama
Bernama
04/01/2026
01:30 MYT
TMM2026: Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negara - Ayob Khan
Ramli Ngah Talib (empat, kanan) melambai mesra ke arah para peserta selepas pelepasan PDRM Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026. Hadir sama Chow Kon Yeow (tiga, kiri) dan Ayob Khan (tiga, kanan). - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu sebahagian daripada rutin operasi polis yang dilaksanakan setiap kali musim perayaan atau penganjuran acara berskala besar.
"Setiap kali musim perayaan seperti tahun baharu, memang kawalan keselamatan akan ditingkatkan, tambahan pula tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi ia memang sebahagian daripada rutin operasi.
"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang. Insya-Allah, isu keselamatan dipantau dan sekiranya perlu, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai acara kayuhan basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026 di Queensbay, di sini, hari ini.
Pelepasan rasmi kayuhan disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib malam tadi disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail.
TMM2026 secara rasminya membuka tirai tepat 12 tengah malam, 1 Jan lepas menerusi penganjuran Visit Malaysia Countdown Festival 2026, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kempen TMM2026 digerakkan berteraskan lima tonggak utama, iaitu kelestarian, warisan budaya, pengembaraan berasaskan alam semula jadi, inovasi digital dan keterhubungan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMM2026
#PDRM
#kawalan keselamatan
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan