Lebih 4,000 generasi muda di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya di Pantai Timur, memberi sokongan padu menyampaikan aspirasi mereka dalam Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) yang berlangsung di UMP kampus Gambang hari ini.
Siri Jelajah TN50 pada kali ini menyaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkongsi pentas membincangkan tajuk “Ke Arah Sistem Pendidikan Terbaik di Dunia”.
Sebanyak 35 aspirasi berimpak tinggi berjaya disuarakan dan antaranya adalah hasil cetusan mahasiswa UMP, Yusra Syazwani Azman, untuk mewujudkan universiti sukan menjelang tahun 2050.
Ia bertujuan supaya Malaysia dapat melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah dalam bidang pendidikan.
Selain itu, mahasiswa UMP, Nur Aqilah Adnan, turut mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menukar semula status pinjamannya kepada penajaan atau menjanjikan pemegang biasiswa JPA pekerjaan di sektor awam selama empat tahun, seperti syarat yang telah ditetapkan.
Mahasiswa juga diingatkan bahawa Malaysia satu-satunya negara yang melaksanakan Program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) yang kini sedang dilaksanakan di beberapa universiti awam dalam meningkatkan sistem pendidikan tinggi nasional.
Sementara itu, Khairy menyuarakan harapan agar negara mampu menggunakan ‘Digital Age’ sebagai platform untuk pendidikan seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara Eropah.
Ini supaya, katanya, Malaysia akan mampu tampil dalam senarai 20 negara dengan sistem pendidikan terbaik di dunia kelak.
Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Dato Dr Daing Nasir Ibrahim dan kakitangan pengurusan universiti.
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP Shaza Akmalina Badrul Kamal dan Tengku Nadzirah Tengku Majani. Suntingan oleh: Mimi Rabita PNC
**Awani Rangers UMP adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)
AWANI Rangers UMP
Thu Nov 09 2017
Antara mahasiswa UMP dan IPT di Pantai Timur yang hadir pada Dialog TN50 bersama Khairy Jamaluddin di UMP kampus Gambang hari ini. Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.