Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih bersifat holistik dan inklusif.
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata, TN50 turut melibatkan pelbagai aspek seperti pendidikan, alam sekitar, urus tadbir politik, sukan, seni budaya, kemahiran ekonomi dan perpaduan.
"TN50 ini inklusif dan holistik berbanding daripada Wawasan 2020 yang menitikberatkan pembangunan fizikal.
"TN50 ini lebih menjurus kepada transformasi minda untuk melahirkan generasi yang lebih universal, berdaya saing dan mampu berdikari. TN50 lebih menekankan soal 'software' berbanding 'hardware'.
"Soal 'hardware' atau pembangunan fizikal sudah terbukti apabila Datuk Seri Najib berjaya dalam tempoh tujuh tahun dan dia sendiri sudah buat pelbagai perkara untuk negara," jelasnya selepas menyampaikan ucaptama perasmian Forum Khayra Ummah anjuran pemuda UMNO Kedah di sini, hari ini.
BACA: Indeks inovasi dan kreativiti panduan capai TN50 - PM Najib
BACA: TN50 peta hala tuju negara menuju 2050 - Ahmad Zahid
Khairul Azwan berkata, ketika Wawasan 2020 yang dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menapak, pemikiran anak muda ketika itu lebih tertumpu kepada bayangan sebuah negara dengan bermacam pembangunan fizikal yang canggih.
Beliau berkata ini tidak bermakna Wawasan 2020 telah gagal, namun perubahan zaman dan keperluan yang semakin mencabar menuntut rakyat memiliki pemikiran yang lebih universal.
"Lebih 40 peratus daripada rakyat adalah orang muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Daripada jumlah 40 peratus rakyat ini, hampir 90 mempunyai punyai akses kepada dunia 'hyper connectivity' atau media sosial.
"Mereka ini cenderung utk mempercayai dan menggunakan maklumat serta ilmu yang boleh diperolehi dengan pantas. Kalau pemikiran kita tidak mampu menjuarai aspirasi dalam dunia hyper connectivity, susahlah," katanya.
TN50 yang digagaskan Najib, yang juga Presiden UMNO, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Ia akan dimulakan dengan penglibatan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan.
Katanya walaupun Najib baru tujuh tahun menjadi Perdana Menteri, beliau sudah mentransformasi pembangunan negara dengan begitu pesat sekali, misalnya melalui transformasi pengangkutan awam yang memberi limpahan nikmat kepada berjuta rakyat.
Justeru, Khairul Azwan berkata mereka yang menafikan kejayaan Najib menyumbang dalam transformasi pembangunan negara sebenarnya buta mata dan hati kerana sesuatu pembangunan fizikal itu tidak sepatutnya diukur daripada saiz semata-mata.
"Nak ukur kejayaan fizikal jangan tengok besar mana bangunan itu, tengok keberhasilan dia. Janganlah kerana benci, kita menafikan sumbangan beliau," katanya.
Astro Awani
Sat Dec 31 2016
KHAIRUL AZWAN: Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih bersifat holistik dan inklusif. - Gambar fail
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.