Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara terutamanya pelajar memberi pandangan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara selaras dengan hala tuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Beliau berkata kementeriannya sangat mengalu-alukan pandangan bagi menambah baik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan negara seperti United Kingdom, Jepun dan Korea.
Katanya generasi muda hari ini termasuk pelajar di luar negara yang akan menjadi tunjang kepada TN50 perlu menghayati program masa depan itu untuk membentuk negara mengikut acuan mereka sendiri.
"Pandangan anda adalah untuk kebaikan kita bersama, apatah lagi anda semua berada di luar negara dan dapat melihat bagaimana sistem pendidikan di luar negara," katanya
semasa menghadiri Dialog Bersama Pelajar dan Komuniti Malaysia di Malaysia Hall, London, United Kingdom, semalam.
Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata lebih 100 penuntut dan masyarakat Malaysia hadir bagi mendengar dan berdialog mengenai pelbagai isu semasa serta perkembangan terkini mengenai dasar dan transformasi pendidikan negara.
Mahdzir berkata PPPM 2013-2025 mempunyai hubung kait dengan usaha kementerian dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua iaitu satu daripada Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) 2030 seperti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Ini bermakna menjelang 2030, semua kanak-kanak mendapat akses kepada perkembangan awal, asuhan dan pendidikan prasekolah yang berkualiti supaya mereka bersedia untuk pendidikan sekolah rendah," katanya.
Katanya kementerian akan berusaha untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat hak pendidikan 100 peratus walaupun ketika ini masih terdapat murid yang berada jauh di pedalaman tidak mendapat akses pendidikan.
"Saya melihat sistem pendidikan juga perlu banyak berubah termasuk kualiti guru ditingkatkan.
"Apa yang paling penting bagi saya adalah guru hari ini tidak boleh lagi mengajar semata-mata untuk menghabiskan silibus tetapi turut memberi perhatian kepada masa depan murid," katanya.
Mahdzir berada di London bagi menghadiri Forum Pendidikan Dunia yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
MAHDZIR: Rakyat Malaysia di luar negara digalakkan memberi pandangan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara selaras hala tuju TN50. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kerajaan belum putuskan lanjutan tempoh konsesi PLUS
Eddin Syazlee berkata perkara itu perlu diteliti semula dengan mengambil kira syarat unjuran hasil keuntungan perjanjian antara PLUS dan kerajaan.
UMNO tak rasis
UMNO bukan parti yang rasis sebaliknya hanya mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.
Lebih RM2 bilion dibelanjakan untuk operasi SKM
Kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi Sekolah Kurang Murid (SKM).
Penggunaan gajet dalam kelas tarik perhatian Najib
Perdana Menteri hari ini melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), di sini, bagi melihat kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dilaksanakan di sekolah itu.
UPSR diteruskan sehingga tiba masa sesuai - Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.
PPD dan pengurusan sekolah perlu proaktif tangani isu buli
Pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah perlu lebih proaktif dalam menangani masalah buli.
Penjualan makanan tidak berkhasiat di luar sekolah akan dipantau - Mahdzir
Perkara itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan negeri dan Pejabat Pendidikan Negeri melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Cari aktiviti untuk pelajar manfaatkan di luar waktu sekolah - Mahdzir
Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di luar waktu sekolah yang boleh dimanfaatkan pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.