TNB baik pulih kabel elektrik di Sungai Tupah, Gunung Jerai

Dagang News
Ogos 19, 2021 23:03 MYT
Pasukan teknikal TNB melakukan kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik yang jatuh ditimpa pokok besar dan kayu balak. - Foto DagangNews
ALOR SETAR: Bagi mengelakkan kemalangan elektrik pasca banjir serta menjamin keselamatan orang awam, pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdiri daripada 7 anggota, melakukan kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik yang jatuh ditimpa pokok besar dan kayu balak di Sungai Tupah akibat banjir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai.
Kerja-kerja baik pulih yang bermula seawal jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam turut mendapat kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Polis DiRaja Malaysia.
Kejadian hujan lebat itu menyebabkan aliran Sungai Merbok dan sekitar Tadahan Air Tupah, Gunung Jerai melimpah ke kawasan berhampiran.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
#bekalan elektrik #TNB #bomba #fenomena kepala air #banjir kilat #Sungai Tupah