awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB meterai perjanjian hantar bekalan tenaga dari Laos ke Singapura

Dagang News
Dagang News
23/06/2022
02:30 MYT
TNB meterai perjanjian hantar bekalan tenaga dari Laos ke Singapura
Menurut TNB, perjanjian yang dimeterai dengan EDL dan EGAT itu membabitkan jualan, penghantaran dan pembelian tenaga elektrik dengan minimum 30 MW sehingga 100 MW. - Foto fail/TNB
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) perjanjian roda tenaga (EWA) bagi penghantaran elektrik dari Laos ke Singapura menerusi Thailand dan Malaysia menggunakan kemudahan sambungan sedia ada yang dimiliki oleh semua negara terlibat.
Menurut TNB, perjanjian yang dimeterai dengan Electricite Du Laos (EDL) dan Pihak Berkuasa Penjanaan Tenaga Thailand (EGAT) itu membabitkan jualan, penghantaran dan pembelian tenaga elektrik dengan minimum 30 MW sehingga 100 MW.
"EWA ini akan berkuat kuasa bagi tempoh selama 2 tahun bermula 22 Jun 2022," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Rabu.
Peranan TNB di bawah EWA itu adalah untuk menghantar tenaga yang dijana dari Laos ke Singapura.
"TNB tidak bertanggungjawab untuk menambah apa-apa kekurangan tenaga yang dihantar dari Laos oleh EDL.
"Malah, EDL akan membayar caj wheeling kepada TNB bagi perkhidmatan berkenaan," tambahnya.
Syarikat utiliti negara itu berkata, perjanjian tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada terbitan dan modal saham berbayar dan pemegangan utama TNB.
"Sebaliknya, ia akan memberi impak neutral kepada hasil TNB sepanjang tempoh perjanjian tersebut," katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#TNB
#perjanjian roda tenaga
#penghantaran elektrik dari Laos ke Singapura
#Electricite Du Laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan