NATIONAL
TNB sahkan berlaku gangguan bekalan elektrik, punca sedang dikenal pasti
Menerusi perkongsian di Facebook TNB Careline, syarikat itu memaklumkan pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
Menerusi perkongsian di Facebook TNB Careline, syarikat itu memaklumkan pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian.
"Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
"Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," memetik kenyataan tersebut.