awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok penghulu dicekup positif dadah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
30/12/2020
12:09 MYT
Tok penghulu dicekup positif dadah
Pasukan serbuan menjumpai kira-kira 15 liter disyaki air ketum di dalam 15 bungkus plastik lutsinar di atas meja di rumah berkenaan. - Foto PDRM
ALOR GAJAH:Harapkan pegar, pegar makan padi!
Itu perumpamaan yang sesuai diberikan apabila seorang penghulu dan empat rakannya dicekup selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Datok, Alor Gajah di sini semalam.
Kesemua mereka yang berusia 48 hingga 63 tahun itu ditahan ketika sedang melepak di bahagian luar rumah, sekitar jam 2.50 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pasukan serbuan menjumpai kira-kira 15 liter disyaki air ketum di dalam 15 bungkus plastik lutsinar di atas meja di rumah berkenaan.
“Rumah tersebut milik rakan penghulu itu dan serbuan dilakukan oleh Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah selepas menerima maklumat awam.
“Selain menemui 15 bungkusan dipercayai air ketum itu, penghulu yang berusia 48 tahun dan empat rakannya juga didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati penghulu terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah pada tahun 2015.
Selain itu, pasukan serbuan juga turut menjumpai 20 batang pokok ketum yang ditanam di bahagian belakang rumah tersebut.
“Salah seorang suspek yang tinggal di rumah berkenaan mengakui telah memproses daun ketum itu sebelum menghasilkan airnya.
“Sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk ditahan, suspek berkenaan telah secara sukarela mencantas kesemua pokok ketum itu,” tambahnya.
Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#siasatan
#penghulu
#Dadah
#jenayah
#suspek
#Tok Penghulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan