ALOR GAJAH:Harapkan pegar, pegar makan padi!
Itu perumpamaan yang sesuai diberikan apabila seorang penghulu dan empat rakannya dicekup selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Datok, Alor Gajah di sini semalam.
Kesemua mereka yang berusia 48 hingga 63 tahun itu ditahan ketika sedang melepak di bahagian luar rumah, sekitar jam 2.50 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pasukan serbuan menjumpai kira-kira 15 liter disyaki air ketum di dalam 15 bungkus plastik lutsinar di atas meja di rumah berkenaan.
“Rumah tersebut milik rakan penghulu itu dan serbuan dilakukan oleh Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah selepas menerima maklumat awam.
“Selain menemui 15 bungkusan dipercayai air ketum itu, penghulu yang berusia 48 tahun dan empat rakannya juga didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati penghulu terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah pada tahun 2015.
Selain itu, pasukan serbuan juga turut menjumpai 20 batang pokok ketum yang ditanam di bahagian belakang rumah tersebut.
“Salah seorang suspek yang tinggal di rumah berkenaan mengakui telah memproses daun ketum itu sebelum menghasilkan airnya.
“Sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk ditahan, suspek berkenaan telah secara sukarela mencantas kesemua pokok ketum itu,” tambahnya.
Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Dec 30 2020

Pasukan serbuan menjumpai kira-kira 15 liter disyaki air ketum di dalam 15 bungkus plastik lutsinar di atas meja di rumah berkenaan. - Foto PDRM
#AWANIRingkas 26 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Mac 2025
1️⃣ Kedah umum Ahad cuti pelepasan am Aidilfitri
2️⃣ AKSB sedia 38 lori tangki, 369 tangki statik
3️⃣ Pejawat awam Sabah terima RM1,000 bantuan khas Aidilfitri, pesta Kaamatan
#awaniringkas
1️⃣ Kedah umum Ahad cuti pelepasan am Aidilfitri
2️⃣ AKSB sedia 38 lori tangki, 369 tangki statik
3️⃣ Pejawat awam Sabah terima RM1,000 bantuan khas Aidilfitri, pesta Kaamatan
#awaniringkas

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS dalam ketidaktentuan global
Ketidaktentuan luaran yang terus ketara tidak mengekang prestasi ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu.

Prasarana sedia tren tambahan jika berlaku kesesakan menjelang Aidilfitri
Prasarana akan menyediakan tren tambahan sekiranya berlaku kesesakan luar jangka menjelang Aidilfitri bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang.

Johor bangunkan sistem amaran awal atasi konflik manusia dan gajah
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata sistem amaran itu akan berfungsi menerusi kolar satelit yang dipasang pada gajah.

Sultan Selangor titah pemantauan berterusan, elak ajaran sesat dihidupkan semula
Baginda juga bertitah agar gejala ajaran sesat dicegah dari peringkat awal supaya tidak terus berkembang dan merosakkan akidah umat Islam.

Enam daerah di Kedah berisiko alami banjir kilat sewaktu peralihan monsun
Fasa peralihan juga membawa ribut petir dan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian pokok tumbang.

Tujuh banduan wanita Malaysia di Penjara Narathiwat terlibat kes dadah
Tujuh banduan wanita warga Malaysia yang ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, selatan Thailand didapati terlibat dengan kesalahan berkaitan dadah.
Agenda AWANI: Ramadan dan Syawal insiatif rahmah, nikmat disyukuri
Ketahui inisiatif dan langkah intervensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjelang perayaan Aidilfitri bersama Dato Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Johor umum RM40 juta pelbagai bantuan Aidilfitri termasuk kepada mangsa banjir
Johor mengumumkan sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk pelbagai bantuan Aidilfitri termasuk kepada mangsa banjir, penjawat awam Persekutuan serta negeri dan rakyat negeri itu.
Pembantu Tabika Kemas cedera, basikal 'dicampak' dari tingkat 12 PPR
Seorang pembantu tabika Kemas cedera selepas ditimpa sebuah basikal yang dipercayai dicampakkan dari tingkat 12, Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku
Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya.

Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman
Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik direman bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul pesakit lelaki di dalam tandas.

Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.

Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.

'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.

Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.

Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.

Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.

Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.