awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tokan' dadah tunggu pelanggan dicekup

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/07/2022
05:02 MYT
'Tokan' dadah tunggu pelanggan dicekup
Dadah jenis heroin seberat 212.96 gram dan syabu seberat 61 gram dengan nilai keseluruhan RM13,553 yang dirampas daripada suspek. -Astro AWANI
LANGKAWI: Seorang lelaki dipercayai 'tokan' dadah ditahan atas kesalahan memiliki bahan terlarang itu di Kampung Berjaya, Langkawi pada Rabu.
Suepek berusia 50 tahun yang didakwa aktif mengedar dadah di sekitar Kedawang itu ditahan polis di hadapan sebuah premis, pada jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, berdasarkan maklumat dan intipan, suspek ketika itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu mendapatkan bekalan.
“Suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang berdiri sambil memegang bungkusan, lalu anggota telah bertindak menangkap suspek.
“Pemeriksaan di dalam bungkusan plastik itu menemui lima peket plastik lutsinar.
“Pemeriksaan di dalamnya didapati berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 212.96 gram dan syabu sebanyak 61 gram dengan nilai keseluruhan RM13,553,” katanya ketika dihubungi.
Kata Shariman lagi, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1)(a) akta sama.
Topic Berkaitan
#tokan dadah
#Langkawi
#Shariman Ashari
#kampung berjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan