awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis lumpuh sindiket cecair vape kokain sasar pasaran antarabangsa
DUNIA
Gaza terus bermandi darah ketika Israel serang Iran, angka korban kini hampir 56,000
DUNIA
Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tokoh pendidikan masyarakat India, M Thambirajah meninggal dunia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/06/2025
07:22 MYT
Tokoh pendidikan masyarakat India, M Thambirajah meninggal dunia
Tan Sri M Thambirajah meninggal dunia dalam tidur pada usia 83 tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan masyarakat India, yang juga pengasas Sri Murugan Centre (SMC) Tan Sri M Thambirajah meninggal dunia dalam tidur pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Tokoh pendidikan masyarakat India, Tan Sri M Thambirajah meninggal dunia dalam tidur pada usia 83 tahun; beliau dikenali atas usaha memperkasa pendidikan pelajar India B40 melalui penubuhan Sri Murugan Centre (SMC) sejak 1982.
  • Di bawah kepimpinannya, SMC membantu lebih 300,000 pelajar dan menekankan disiplin serta keyakinan diri, termasuk mewajibkan pemakaian tali leher sebagai simbol kejayaan akademik.
  • Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di SMC Ashram, Petaling Jaya pada hari Selasa, manakala upacara persemadian akan diadakan di Nirwana Memorial Park Shah Alam pada pukul 3 petang.

Berita pemergian mendiang yang berusia 83 tahun itu dikongsi dalam satu kenyataan di Facebook SMC.
Mendiang terkenal dengan komitmen luar biasa dalam memperkasa pendidikan dalam kalangan pelajar India terutamnya golongan B40 sejak lebih empat dekad lalu.
Mendiang yang dilahirkan pada 1942 itu memulakan misinya dengan bantuan 42 graduan Universiti Malaya (UM) yang bersama-sama merealisasikan visi beliau, menyediakan kelas tuisyen dan bimbingan untuk pelajar India yang kurang berkemampuan.
SMC yang ditubuhkan pada 1982 telah membantu lebih 300,000 pelajar mengikuti program pendidikan di bawah pusat itu, menjadikannya antara inisiatif pendidikan masyarakat paling berimpak di negara ini.
Selain akademik, SMC juga dikenali sebagai pusat yang membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar dari pelbagai peringkat.
Di bawah kepimpinan mendiang, pelajar diwajibkan memakai tali leher sebagai simbol disiplin dan keyakinan, mencerminkan kepercayaan beliau bahawa penampilan memainkan peranan penting dalam kejayaan akademik.
Thambirajah memulakan karier sebagai guru terlatih Kirby sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Sejarah Rusia di Washington University, Amerika Syarikat.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia dan menubuhkan firma guamannya sendiri selepas bersara sebagai pensyarah universiti.
Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri A Indrani, dua anak Dr Sumitra dan Anand selain dua cucu.
Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di SMC Ashram, No. 40, Jalan Bukit 11/2, Petaling Jaya, dekat sinu bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang, Selasa.
Upacara penghormatan terakhir dan persemadian akan diadakan pada hari yang sama di Nirwana Memorial Park Shah Alam, pada pukul 3 petang.
Topic Berkaitan
#Tokoh pendidikan masyarakat India
#SMC
#Sri Murugan Centre
#Dr M Thambirajah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami