KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air hari ini berduka dengan pemergian bekas Yang Dipertua Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM) Tok Puan Zainon Hussein yang meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi tadi.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib ketika dihubungi Bernama berkata tokoh hoki wanita itu meninggal dunia di kediamannya di Mantin, Negeri Sembilan.
"Kami masih lagi menunggu daripada ahli keluarga Allahyarhamah mengenai sebab kematian beliau, apa yang saya tahu kematian Tok Puan Zainon merupakan kehilangan besar buat industri sukan tanah air," katanya.
Mohd Nazifuddin berkata beliau telah banyak menyumbang jasa terutamanya dalam sukan hoki dan pernah mengusahakan pelbagai program pembangunan serta mempertingkatkan penyertaan wanita dalam sukan itu.
Pada masa sama, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Dr S Shamala turut menyifatkan pemergian Zainon satu kehilangan besar kerana peranan penting yang dimainkan tokoh itu dalam memajukan arena sukan hoki wanita di dalam negara.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran Facebook rasminya berkata Zainon yang juga ibu saudaranya adalah seorang yang amat penyayang.
"Setelah pemergian ayahanda saya, arwah sentiasa meluangkan masa bersama bonda dan kami sekeluarga, seorang yang amat penyayang dan mulia," katanya dalam hantaran itu.
Zainon yang merupakan isteri kepada bekas tokoh politik dan sukan negara Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, mula berkhidmat sebagai Yang Dipertua PHWM sejak tahun 1973 hingga 1986.
Sepanjang berkhidmat di PHWM, Zainon telah memperkenalkan Kejohanan Hoki Wanita Kebangsaan untuk merebut Piala Tengku Budriah selain Malaysia turut menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Hoki Piala Dunia Ketiga pada tahun 1983.
Pasukan hoki wanita negara juga telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa pada Temasya Sukan Asia Kesembilan di Delhi, India pada 1982 semasa PHWM di bawah pimpinan beliau.
Pada 2019, beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di atas jasa dan sumbangan dalam pembangunan sukan di negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran Facebook rasminya berkata Zainon yang juga ibu saudaranya adalah seorang yang amat penyayang. - Foto Facebook/Najib Razak

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Tokoh sukan wanita Tok Puan Zainon meninggal dunia
Arena sukan tanah air hari ini berduka dengan pemergian bekas Yang Dipertua Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM) Tok Puan Zainon Hussein yang meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi tadi.