Tokyo 2020: "Perak untuk Malaysia, terima kasih Jijoe!" - Reezal Merican

Fareez Azman
Ogos 8, 2021 04:30 MYT
Datuk Azizulhasni Awang, 33, meraih pingat perak dalam peringkat akhir acara keirin individu lelaki di Velodrum Izu, Tokyo pada temasya Sukan Olimpik 2020 pada Ahad. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara keirin individu lelaki akhir di kejohanan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Reezal, sekalipun bukan rezeki Malaysia untuk meraih pingat emas, namun, perak yang diraih Azizulhasni itu sangat tinggi nilainya.
Dalam ucapan penghargaan yang dikongsi dalam hantaran di Facebooknya, Reezal turut merakamkan kebanggaan seluruh negara pada atlet yang mesra disapa dengan panggilan Jijoe itu
"Alhamdulillah. Terima kasih Jijoe atas kesungguhan Jijoe dalam lap terakhir acara keirin sebentar tadi.
"Walaupun kita tidak ada rezeki pingat emas pada temasya sukan Olimpik kali ini, pingat perak Jijoe ini tidak ternilai harganya. From the bottom of our hearts, we thank you Jijoe," jelas Reezal lagi.
Sumber Facebook reezal.merican041
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Tambah Reezal, kejayaan Azizulhasni itu menjadi acara terakhir buat kontinjen Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 kali ini.
Dalam hantaran itu juga, Reezal menyatakan kekagumannya pada atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu kerana berjaya mengharungi cabaran besar itu ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.
Menurut beliau, atlet negara telah bertarung dalam acara sukan masing-masing, meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam pandemik COVID-19.
"Saya pasti pengalaman ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diperolehi di Olimpik seterusnya.
"Saya amat bangga Jijoe yang mampu menempuh kesemua cabaran itu untuk membawa pulang pingat kedua buat Malaysia. Terima kasih Jijoe!," jelas Menteri Belia dan Sukan itu lagi.
Azizulhasni, 33, berjaya meraih pingat perak dalam peringkat akhir acara keirin individu lelaki di Velodrum Izu, Tokyo.
Tampil sebagai satu-satunya wakil Asia, beliau terpaksa akur di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas.
Manakala seorang lagi jaguh trek negara Shah Firdaus Sharom pula berjaya meraih tempat keenam dalam peringkat separuh akhir.
BACA: Tokyo 2020: Beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia
#Azizulhasni Awang #Belia #COVID-19 #Malaysia #Olimpik #pandemik #Reezal Merican Naina Merican #sukan #Tokyo #Asia #Gambatte Malaysia #jaguh trek negara #pingat perak #Jijoe #terima kasih Jijoe #Azizulhasni