awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolong ambil kira emosi pelajar yang hendak duduki semula UPSR - PAGE

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2014
08:51 MYT
Tolong ambil kira emosi pelajar yang hendak duduki semula UPSR - PAGE
PAGE: Tolong ambil kira emosi pelajar yang hendak duduki semula UPSR - Gambar fail
Ibu bapa serta pelajar yang mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disifatkan tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menerima keputusan ulangan kertas berkenaan akibat kelemahan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sendiri.
Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim menggesa Lembaga Peperiksaan serta Kementerian Pendidikan untuk menerima keputusan setiap kertas UPSR yang bocor dan sudah diduduki pelajar.
"Walau bagaimanapun ini tidak bermakna kita membiarkan penipuan berlaku dengan mengesyorkan kertas berkenaan tidak perlu diulang.
"Kita bimbang emosi pelajar yang akan menduduki semula kertas berkenaan. Kepada pelajar yang menipu, mereka pasti menghadapi kesukaran pada masa hadapan kerana tidak berusaha sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Noor Azimah, kaedah ulang semula perlu dinilai keberkesanannya di dalam apa-apa juga peperiksaan di negara ini.
"Bolehkah ibu bapa dan pelajar dijamin bahawa kebocoran peperiksaan tidak berlaku lagi?
"Di dalam kes ini, golongan yang terpaksa mengulang semula kertas adalah mereka yang berusia 12 tahun, jadi sedikit anjakan komponen dalam isu ini pastinya harus diambil kira semula," ujarnya.
PAGE sebelum ini melahirkan keyakinan kepada pengerusi Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian Lembaga Peperiksaan bagi mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) peperiksaan awam oleh LPM yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah kobocoran kertas ujian sekolah di Malaysia.
Sementara itu, di dalam laman Twitter BFM News melaporkan PAGE akan meminta Kementerian Pendidikan menjadikan pilihan untuk mengambil kertas ulangan UPSR adalah pilihan sahaja.
EXCLUSIVE: Parent Action Group for Education says Education Ministry will make this year's UPSR paper re-sits optional.
— BFM News (@NewsBFM) September 26, 2014
Laman sama turut menyebut LPM mengesahkan, seandainya pelajar berkenaan tidak menduduki kertas ulangan UPSR berkenaan, keputusan mereka akan dicatat tidak hadir.
EXCLUSIVE: Malaysian Examination Syndicate confirms, if students do not re-sit UPSR papers, their results slip will state they were absent.
— BFM News (@NewsBFM) September 26, 2014
BFM News juga memberitahu, LPM juga dikatakan tidak akan memeriksa kertas UPSR asal yang diduduki pelajar berkenaan seandainya mereka tidak hadir pada hari ulangan semula kertas UPSR yang berkenaan.
EXCLUSIVE: Malaysian Examination Syndicate says UPSR papers from original sitting will not be marked, if students do not to re-sit papers
— BFM News (@NewsBFM) September 26, 2014
Pada Rabu, Zaki memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menyebarkan dokumen-dokumen rahsia kerajaan termasuk kertas peperiksaan yang bocor menerusi media sosial seperti 'WhatsApp' boleh didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi Malaysia.
Topic Berkaitan
#azimah
#bocor
#emosi
#Facebook
#LPM
#pendidikan
#tekanan
#ulangan
#UPSR
#whatsall
#zaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan