MASIH ingat sewaktu kecil, arwah nenek akan memacakkan Jalur Gemilang di hadapan rumah, simbolik meraikan kemerdekaan.
Saya hanya memandang dan bersorak gembira tatkala rumah kami ketika itu sudah menyertai kebanyakan rumah lain di taman perumahan itu yang memasang bendera.
Malah bendera kami paling tinggi tiangnya.
Saban tahun juga arwah nenek bercerita mengenai era Perang Dunia Kedua, yang beliau sebut sebagai "zaman perang Jepun".
Ceritanya mengenai makan ubi kayu, sembunyi dalam tempayan, penderaan oleh tentera Jepun, semuanya disampaikan secara lisan berkali-kali oleh nenek sehingga saya sudah saya hafal jalan ceritanya.
Tetapi saya harus akui, meskipun berpuluh-puluh malah beratus kali arwah nenek bercerita mengenai zaman penjajahan Jepun serta keganasan komunis, masih saya tidak dapat rasa, apatah lagi menghayati makna susah di sebalik erti kemerdekaan seperti masa yang dirasai arwah nenek.
Generasi Gen-Y seperti saya ini tidak lagi berkongsi definisi "Merdeka" seperti mana arwah nenek dan generasi seusianya.
Ya, saya kenang keterujaan arwah nenek dan cerita-ceritanya, tetapi itu adalah ceritanya yang saya hanya boleh gambarkan melalui imaginasi.
Jadi, apa pengisian ulang tahun kemerdekaan buat saya?
Ya, saya akui tidak terlibat dalam proses memerdekakan negara. Maklumlah, ketika Malaya merdeka, arwah bapa saya masih bayi ketika itu.
Pada masa sama, saya bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan generasi terdahulu merintis jalan dan seterusnya memerdekakan Malaya dan menubuhkan Malaysia bersama pemimpin di Sabah dan Sarawak.
Tetapi pengisian nasionalistik pada saya bukan sekadar memori "berterima kasih kepada generasi terdahulu."
Kami generasi-Y juga ada cerita kami sendiri.
Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang mahu silibus mata pelajaran Sejarah dirombak agar ia bersifat sosiologi dan menceritakan rencam sejarah moden negara.
Razali mahu segala kejayaan sejarah moden Malaysia diceritakan dan dihayati. Cerita seperti kejayaan negara berjaya menangani krisis ekonomi 1997, misalnya, perlu diisi sebagai bahan pendidikan sejarah di sekolah.
Kami jadi saksi pembangunan pesat negara dan menyumbang kepada kepesatan tersebut.
Kami jadi saksi betapa rakyat negara ini boleh mengubah minda dan pemikiran dan tidak lagi terkongkong dengan pemikiran ala era imperialisme.
Kami sahut cabaran untuk membuktikan diri kami mampu melakukan apa yang kami mahukan.
Banyak lagi cerita kami generasi Gen-Y. Semuanya boleh diangkat sebagai fragmen dalam pengisian kemerdekaan negara.
Kenapa ia penting?
Sudah sekian lama sambutan ulang tahun tanggal 31 Ogos disambut dengan kenangan era antara 60 hingga 70 tahun lalu. Tetapi jarang sekali kejayaan negara menelurusi cabaran dalam proses pembangunan negara diangkat.
Setiap generasi perlu arif tentang cerita negara ini selepas tanggal 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 kerana sesungguhnya kejayaan negara tidak berakhir pada dua tarikh tersebut.
Terlalu banyak cabaran dan pencapaian negara yang boleh dipelajari dan dirai oleh setiap generasi, terutama sekali ketika negara menyambut Hari Kebangsaan.
Saya pasti generasi arwah nenek saya dan generasi sebelumnya akan teruja dengan semua kejayaan dan usaha rakyat negara ini diangkat menjadi cerita Malaysia yang dibanggakan.
Untuk arwah nenek, Selamat Hari Kebangsaan 2015.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Mon Aug 31 2015
Penulis bersetuju dengan cadangan rombakan silibus mata pelajaran Sejarah agar ia bersifat sosiologi dan menceritakan rencam sejarah moden negara. -Gambar fail
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Isu Jalur Gemilang 'terbalik' didik rakyat mengenai protokol negara
Perkara ini dilihat telah berjaya mendidik rakyat mengenai istiadat dan protokol pengibaran bendera.
Doa dan harapan rakyat sempena Hari Kebangsaan
Rakyat Malaysia tetap teruja sambut Hari Kebangsaan dengan melakar kata-kata semangat di media sosial.
'Tolong angkat kisah gemilang zaman kami juga'
Sudah sekian lama sambutan ulang tahun tanggal 31 Ogos disambut dengan kenangan era antara 60 hingga 70 tahun lalu.
Amanat Hari Kebangsaan PM jawab persoalan rakyat - Zahid
Amanat Hari Kebangsaan 2015 Perdana Menteri telah menjawab semua persoalan rakyat, khususnya mengenai keadaan ekonomi negara.
Iklan Merdeka Petronas "Akrab" papar semangat penyatuan rakyat Malaysia
Iklan terbaharu Petronas meraikan keakraban antara kaum yang telah wujud di Malaysia sejak bertahun lamanya.
Persiapan akhir dan raptai Hari Kebangsaan 2015
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 dua hari lagi, pelbagai persiapan dan majlis raptai giat diadakan di bandar-bandar utama negara.
Bersih 4.0: Peserta dilarang membawa senjata, ibu bapa tidak digalak bawa anak - penganjur
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menegaskan pesertanya dilarang daripada membawa senjata dan bahan letupan, termasuklah mercun, dan bom asap ke perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Jalan utama di ibu kota ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan
Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai esok sehingga Isnin untuk memberi laluan kepada raptai dan seterusnya sambutan Hari Kebangsaan 2015.
Lim harus mohon maaf kerana cetus perbalahan berhubung tema Hari Kebangsaan
Lim Guan Eng harus memohon maaf kerana mencetuskan perbalahan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung dengan tema Hari Kebangsaan 2015
ATM, PDRM akan sertai semula sambutan Hari Kebangsaan di Pulau Pinang
Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyertai semula aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang yang akan disambut minggu depan.