KUALA LUMPUR: Seorang aktivis sosial hari ini menegur tindakan segelintir pihak yang lantang mengkritik pihak berkuasa terutama pegawai imigresen berhubung insiden pelarian etnik Rohingya lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas.
Kamal Affandi Hashim, yang juga seorang penganalisis jenayah, sebaliknya meminta mereka mengenang kembali budi dan layanan Malaysia kepada golongan pelarian di negara ini.
Beliau berkata aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit seharusnya membuka pusat perlindungan sendiri jika beranggapan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah serta mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan pelarian mengikut piawaian mereka.
Menurut Kamal, selama ini Malaysia telah memberikan layanan baik tanpa mementingkan diri sendiri dan pelarian terbabit sepatutnya bersyukur dengan keistimewaan yang mereka nikmati yang bukan hanya terhad kepada makanan harian malah tempat untuk berteduh sementara menunggu giliran dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan semula di negara lain.
"Kos setiap orang ialah RM40 sehari bagi makanan ketika mereka dalam tahanan (tetapi) kita tidak hantar bil ke negara asal kerana ia adalah ihsan kerajaan Malaysia," katanya kepada Bernama.
Dari segi prosedur yang perlu dilalui oleh pelarian terbabit, Kamal Affandi berkata jika ada yang mendakwa berasal dari mana-mana negara jiran, Jabatan Imigresen tidak boleh menghantar pelarian itu pulang tanpa saluran yang betul sebelum mengenal pasti serta mengesahkan identitinya dengan negara asal dan hanya selepas itu, barulah dia boleh dihantar pulang.
"Sekiranya terdapat kelewatan dalam kesemua protokol ini, mereka mungkin terpaksa tinggal lebih lama daripada yang dijangkakan.
"Kerajaan kita telah buktikan sebelum ini dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat iaitu kita ingin mengurangkan masalah pelarian," katanya.
Kamal Affandi berkata majoriti pelarian di Malaysia berasal dari Asia Tenggara dan negara terbabit mengambil langkah proaktif dalam proses dokumentasi atau mengesahkan bahawa rakyat mereka yang berada di Malaysia.
Beliau turut memuji usaha kerajaan Malaysia kerana sanggup menukar bekas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak lagi digunakan susulan penamatan PLKN untuk dijadikan pusat transit atau depot tahanan sementara bagi mengelakkan kesesakan di kem tahanan sebenar.
"Saya ingin memuji proses pemikiran sebegini yang menyaksikan penukaran kem PLKN kepada pusat tahanan transit imigresen. Bagaimanapun, kita perlu memberi penekanan terhadap nisbah orang yang ditahan dengan tenaga kerja untuk menjaga mereka.
"Bagi kem yang menempatkan lebih 700 tahanan dengan kira-kira 27 pegawai imigresen, nisbah bagi setiap pegawai ialah kira-kira 26 tahanan dan ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya.
Mengulas sama ada tahanan yang lolos mampu mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat tempatan di kawasan berhampiran atau mengancam keselamatan negara, Kamal Affandi berkata adalah aneh jika ada orang yang tidak berasa bimbang dengan kehadiran mereka.
Beliau juga berkata beberapa perkara baik timbul susulan insiden itu yang menekankan kepentingan usaha yang diselaras oleh pihak berkuasa.
"Meskipun imigresen memiliki kaedah sendiri dalam mengawal pusat mereka, komandan dinasihatkan agar menjalin hubungan yang kukuh dengan pihak berkuasa tempatan sama ada polis atau agensi penguatkuasaan lain kerana ini akan membantu meminimumkan risiko berlaku insiden seperti ini dan meningkatkan tahap kerjasama serta persefahaman sesama mereka," katanya.
ROHINGYA-AKTIVIS 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sebelum ini, Mahi Ramakrishnan, seorang aktivis hak asasi manusia yang mengendalikan organisasi bukan berasaskan keuntungan iaitu Beyond Borders, berkata sudah tiba masanya kerajaan duduk berbincang dengan organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain untuk berganding bahu di lapangan dalam mewujudkan laluan selamat ke arah pemberian suaka untuk pelarian selain akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Insiden yang berlaku pada kira-kira 4.30 pagi Rabu lepas itu menyaksikan sejumlah 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Kedah.
Majoriti daripada mereka sudah berjaya ditahan semula dan polis kini mengesan tahanan yang masih bebas.
Enam daripada tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri itu maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di KM 168 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Kamal Affandi Hashim, yang juga seorang penganalisis jenayah, sebaliknya meminta mereka mengenang kembali budi dan layanan Malaysia kepada golongan pelarian di negara ini. - Gambar fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Tolong kenang budi Malaysia kepada pelarian Rohingya sebelum lontar kritikan - Aktivis
Kamal Affandi menegur tindakan segelintir pihak yang lantang mengkritik pihak berkuasa berhubung insiden pelarian etnik Rohingya lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas.
Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak
Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain.
CCTV berkualiti mudah kesan penjenayah - Penganalisis
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) lebih-lebih lagi yang berkualiti memang boleh membantu pihak polis menyelesai sesuatu kes jenayah dengan segera, kata penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim.