MALAYSIA
  
            Tolong-menolong, amalan memberi perlu diperkasa - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah (lima, kanan) bergambar bersama para penerima pada Majlis Penyerahan Dana Sumbangan berjumlah keseluruhan RM2.1 juta kepada beberapa NGO kebajikan di Hospis Malaysia hari ini. - Foto Bernama
            
      KUALA LUMPUR: Amalan tolong-menolong dan menyumbang kembali kepada masyarakat perlu terus diperkasa dalam membina negara MADANI yang berteraskan nilai kemanusiaan serta integriti, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata usaha membantu golongan memerlukan benar-benar berkesan jika rakyat mempunyai kepercayaan terhadap badan kebajikan, sambil menegaskan kepentingan ketelusan dalam pengurusan dana awam.
"Dalam kehidupan kita, tolong-menolong itu penting. Itu yang kita nak suburkan dalam negara ini, sekali gus meringankan beban mereka yang memerlukan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Semula Dana oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng di Hospis Malaysia di Cheras hari ini.
Majlis itu menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM2.1 juta kepada lima penerima manfaat terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolej Universiti New Era, Hospis Malaysia, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
Dr Wan Azizah turut merakamkan penghargaan kepada Lim atas komitmen menunaikan janji memulangkan semula sumbangan awam kepada masyarakat, satu tindakan yang disifatkannya mencerminkan nilai tanggungjawab dan keprihatinan sejajar semangat MADANI.
"Terima kasih sangat kepada Yang Berhormat Lim. Beliau memilih untuk sama-sama berkongsi demi kebaikan ramai," katanya sambil menyeru lebih banyak organisasi kebajikan menunjukkan prestasi bagi mengekalkan kepercayaan rakyat.
Dr Wan Azizah turut menekankan kepentingan sokongan kepada pesakit kronik termasuk kanser dan masalah buah pinggang, serta menghargai peranan Hospis Malaysia dalam menyediakan penjagaan kesihatan komuniti yang berkualiti.
Pada 29 Sept lepas, Mahkamah Rayuan mengarahkan Lim membayar ganti rugi RM75,000 berbanding jumlah asal RM2 juta kepada MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Datuk Seri Jessy Lai Cha Suang dalam kes saman fitnah
Sementara itu, Lim berkata dana RM2 juta yang disumbangkannya hari ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang ingin membantu dan jumlah tersebut berjaya dikumpul hanya dalam tempoh tiga hari.
"Dengan penuh rendah diri dan keikhlasan, saya menunaikan janji untuk mengembalikan kesemua wang sumbangan awam yang saya terima kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
               
  Ringkasan AI
- Dr Wan Azizah menyeru amalan tolong-menolong dan ketelusan dalam pengurusan dana kebajikan bagi membina negara MADANI berteraskan nilai kemanusiaan dan integriti.
- Majlis penyerahan semula dana RM2.1 juta oleh Lim Lip Eng kepada lima penerima manfaat termasuk ATM Veteran, Hospis Malaysia, MAKNA, NKF dan Kolej Universiti New Era.
- Lim menunaikan janji memulangkan sumbangan awam selepas kes saman fitnah, mengumpul dana RM2 juta dalam tiga hari, manakala Dr Wan Azizah menghargai komitmen tersebut sebagai contoh tanggungjawab sosial.