KUALA LUMPUR:Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam buku berjudul "My Story: Justice in The Wilderness" tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
Beliau berkata ia kerana Tommy telah melanggar sumpah jawatan Peguam Negara untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan pada setiap masa, walaupun tidak lagi menyandang jawatan tersebut.
''Menjadi teras utama dalam jabatan kerajaan apabila sesuatu maklumat diperoleh oleh mana-mana pegawai adalah diklasifikasikan sebagai 'rahsia besar', 'rahsia' atau 'sulit' tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi dan tidak sepatutnya dikongsi kepada umum apatah lagi dijadikan pelaris kepada buku yang mengetengahkan pandangannya dan bukan fakta-fakta,'' katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata tindakan Tommy yang memperlekeh Timbalan Pendakwa Raya dan keseluruhan Jabatan Peguam Negara dalam buku tersebut juga boleh mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap keupayaan dan kebolehan pegawai di Jabatan Peguam Negara.
Katanya, kenyataan bahawa pegawai kerajaan hanya menantikan pangkat, gaji di hujung bulan dan faedah pencen adalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab terutamanya apabila dakwaan tersebut daripada Ketua Jabatan di jabatan itu sendiri.
"Apa lebih membimbangkan kenyataan fakta ditulis tidak tepat dan lebih kepada dimanipulasi untuk menyemai rasa benci dan fitnah terhadap UMNO dan Barisan Nasional serta individu dinamakan, pemimpin politik dan jabatan pernah diterajuinya dengan tujuan untuk memesong kepercayaan rakyat terhadap organisasi kerajaan secara keseluruhannya,'' kata beliau.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kenyataan Tommy terhadap peristiwa 13 Mei yang ditulis dalam buku tersebut juga dilihat dibuat tanpa mengira sensitiviti masyarakat termasuk tuduhan mengaitkan Tun Abdul Razak Hussein dengan tragedi tersebut yang disifatkan merendahkan kredibiliti bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata buku tersebut menggambarkan Tommy sebagai seorang individu yang tidak boleh menyimpan rahsia, sukakan pujian dan menginginkan publisiti terhadap dirinya.
''Oleh itu saya menyeru agar rakyat tidak terpengaruh kepada penulisan bersifat pandangan oleh Tommy Thomas ini,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
Ahmad Zahid berkata Tommy telah melanggar sumpah jawatan Peguam Negara untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan pada setiap masa. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.