KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.
Pegawai Penyiasat SPRM Nurzahidah Yacop, 35, berkata beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin pada 15 Jan 2020 untuk mendakwa bekas Pengerusi Felda itu.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros mewakili Shahrir pada perbicaraan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang didakwa atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Syed Faisal Al-Edros: Puan (Nurzahidah) selaku pegawai penyiasat SPRM, mengambil tugas ini untuk melaksanakannya dengan penuh kejujuran. Di lubuk hati puan, puan tahu siasatan puan belum lengkap sepenuhnya, namun puan telah menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menuduh (Shahrir) dan mendapat izin daripada Tan Sri Tommy Thomas untuk buat pendakwaan.
Nurzahidah: Ya.
Syed Faisal Al-Edros: Saya cadangkan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak guam saya (Shahrir) adalah berasaskan kepada satu kertas siasatan yang belum lengkap sepenuhnya?
Nurzahidah: Ya.
Syed Faisal Al-Edros: Tan Sri Tommy Thomas tetap mengarahkan untuk mendakwa (Shahrir)?
Nurzahidah: Ya.
Terdahulu, Penolong Penguasa SPRM itu bersetuju dengan peguam bahawa berdasarkan transaksi daripada buku akaun bank Shahrir, beliau menggunakan wang peribadinya lebih RM2.6 juta untuk kegiatan politik sebelum menerima RM1 juta daripada Najib, pada 28 Nov 2013.
Bagaimanapun, Nurzahidah mengakui beliau tidak pernah menyiasat wang RM1 juta yang diterima Shahrir daripada Najib adalah menggantikan wang pencennya (Shahrir), walaupun Shahrir menegaskan perkara tersebut sebanyak lapan kali semasa siasatan dijalankan pada 2019.
Menurut Nurzahidah beliau memaklumkan kepada pegawai atasan berhubung wang ganti balik itu, namun tidak diarahkan untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.
Syed Faisal Al-Edros: Bagi pandangan puan, sebagai pegawai penyiasat SPRM, wang ganti balik ini (RM1 juta) tidak disiasat. Adakah ia adil bagi anak guam saya, walaupun beliau (Shahrir) berkali-kali mengatakan ia adalah wang ganti balik.
Nurzahidah: Tidak adil bagi Tan Sri Shahrir, tetapi saya tidak pernah menerima dokumen ini (pengeluaran wang RM2.6 juta). Siasatan saya selepas tarikh penerimaan wang RM1 juta.
Kepada soalan Syed Faisal Al-Edros, adakah saksi itu berasa musykil terhadap tindakan pegawai atasannya yang tidak mengarahkan untuk menyiasat mengenai wang ganti balik, Nurzahidah menjawab "Ada".
Syed Faisal Al-Edros: Oleh kerana puan kata ia adalah satu sudut siasatan yang penting (wang ganti balik), puan mahu siasat sendiri, tetapi takut untuk langgar arahan.
Nurzahidah: Ya.
Semalam, saksi penting itu memberitahu mahkamah bahawa wang RM1 juta yang diterima Shahrir daripada Najib adalah untuk menggantikan wang pencennya yang digunakan bagi kegiatan politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.
Pada 21 Jan 2020, Shahrir, 73, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad (tengah) bersama peguamnya Tan Sri Dzulkifli Ahmad (kanan) pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Beliau berhasrat menarik diri atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Thomas dan kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.
Najib dibenar ke mahkamah dengar rayuan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas pada 4 Okt
Najib dibenar hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid
Ahmad Zahid berkata, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rayuan Najib gugurkan dua peguam Tommy Thomas ditolak
Hakim Hanipah berkata tiada kaitan antara kedua-dua peguam cara itu dan punca tindakan Najib dalam saman tersebut.
Najib dibenar hadir ke mahkamah, ikuti prosiding rayuan berkaitan saman terhadap Tommy Thomas
Kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah adalah penting bagi membolehkan peguambela mendapat arahan yang sewajarnya daripadanya (Najib) berhubung rayuan itu.
Pendakwaan salah: Sundra Rajoo tidak teruskan saman terhadap Tommy Thomas, 12 lagi
Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.
Laporan siasatan buku: Permohonan pasukan petugas, kerajaan batal saman Tommy Thomas didengar 15 Jun
Thomas memfailkan saman itu dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, tujuh ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.