ISKANDAR PUTERI:Baunya bukan sahaja busuk, malah kehadiran tompokan seakan-akan lumut di kawasan sungai di Kampung Melayu di Gelang Patah menyebabkan air bertukar menjadi merah kehitaman.
Tinjauan Astro AWANI mendapati tompokan hijau yang dipercayai terhasil akibat pencemaran itu turut dikesan di sepanjang Sungai Tebrau, muara Sungai Melayu dan kawasan jeti Sungai Melayu.
Nelayan tempatan mendakwa fenomena berkenaan turut menyebabkan hasil tangkapan mereka berkurangan dengan mendadak.
Ketua nelayan Kampung Melayu, Kamarudin Ahmad berkata kehadiran tompokan lumut seperti itu pernah terjadi beberapa bulan lalu dalam kuantiti yang sedikit.
Namun, katanya, kali ini saiz tompokan lumut itu lebih besar serta mengeluarkan bau kurang selesa.
"Sebenarnya jenis air merah selalu berlaku tapi tak keluarkan lendir busuk... memang terjejaslah hasil tangkapan nelayan.
"Memang selalunya kalau jadi macam ini, hasil tangkapan hilang.
"Bukan minta simpati, tapi itulah realitinya," katanya yang sudah menjadi nelayan selama 30 tahun.
Seorang lagi nelayan, Hairol Nizam Shahrom berkata dia tetap ke laut untuk mencari rezeki dengan menjaring ikan walaupun menyedari hasilnya tidak seberapa.
"Macam tadi (semalam) dua ekor sahaja dapat ikan sembilang... selalu dapatlah enam sehingga 20 kilogram. Biasanya tak seteruk ini," katanya.
Astro AWANI dimaklumkan keadaan itu menjejaskan pendapatan lebih 106 nelayan laut, 20 penternak kupang dan enam penternak ikan sangkar di sepanjang 15 kilometer Sungai Melayu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Noraishah Hashim, berkata tompokan yang dikesan itu berpunca daripada fenomena 'euthrofication' atau permukaan sungai dipenuhi alga berpunca daripada kehadiran mineral dan nutrien berlebihan.
Beliau berkata fenomena itu dikesan terjadi di sepanjang 10 kilometer kawasan perairan Pendas hingga ke Sungai Melayu.
"Fenomena 'euthrofication' ini terjadi berkemungkinan disebabkan kehadiran kandungan nitrat dan fosfat menerusi pembuangan domestik atau kumbahan.
"Ia juga boleh berlaku akibat perubahan cuaca yang drastik seperti hujan, panas terik dan hujan semula hingga menyebabkan pengkayaan nutrien di dalam air.
"Berdasarkan pemerhatian awal, kita mendapati ia tidak berbahaya (kepada manusia) namun akan menyebabkan ikan mati.
"Kita telah meminta penternak di kawasan itu supaya menuai ikan yang sudah mencapai saiz untuk dijual dengan segera.
"Selain itu, mereka juga boleh memasang blower (mesin peniup) untuk meningkatkan kadar oksigen (dalam air) pada waktu malam," katanya yang mengakui fenomena itu kali pertama berlaku di negeri berkenaan.
Beliau berkata Jabatan Perikanan telah mengambil sampel air bagi ujian kualiti yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Perikanan Gelang Patah dan keputusannya dijangka diketahui hari ini.
Ernalisa Othman
Fri Nov 13 2020
Tompokan hijau yang dipercayai terhasil akibat pencemaran itu turut dikesan di sepanjang Sungai Tebrau, muara dan kawasan jeti Sungai Melayu. -Gambar/ Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa bot karam ditemui lemas
Mangsa ditemui orang kampung pada jam 7.10 pagi, 200 meter dari lokasi bot tersebut karam.
Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga
Ledakan algae melibatkan keluasan kira-kira 20 kilometer dari Sungai Melayu sehingga ke perairan Pendas yang mencetuskan kebimbangan komuniti nelayan pada 11 Nov lalu kini telah pulih sepenuhnya.
Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Teluk Cowie
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut teluk Cowie.